" live hell, live well,
you choose! "

~credits to Hlovate..

Wednesday 21 December 2011

ini cerita mereka [13]

"macam mana ni ilyaa?"  takiff sedut fresh orange dalam gelas tu.

"entahlah. aku pun tak tau. tapi kau betul2 confirm ke ni? kau jangan main cakap je. ni soal hati perasaan org ni." ilyaa pandang takiff.

"serius. aku yakin perasaan aku ni betul. danny tu sepupu aku. darah daging aku. i know him."

"kalau betul macam tu aku ni lagi lah rasa bersalah. danial kawan aku. abang taufiq, abang aku. arrggghhhh!!!" ilyaa dah jerit sambil pegang kepala.

pakcik yg duduk sebelah meja diorang dah pandang slek dekat takiff. abang yg dekat kaunter tu macam nak pergi selamatkan ilyaa. makcik selang dua buah meja belah kanan dah geleng2 kepala pandang takiff.

"woi, perempuan! kau apahal? tengok semua org pandang aku gaya nak makan je." takiff dah kontrol suara.

ilyaa toleh kiri kanan depan belakang. dia sengih je dekat pakcik makcik yg pandang meja diorang tu.

"sorry lah. aku dah tensyen sangat ni" ilyaa tarik sengih dekat takiff. heh! mesti makcik pakcik ni semua ingat yg takiff nak buat apa2 dekat ilyaa.

"hmm.. apa kata kalau kau je yg pikat danny. lepas tu greenlight lah abang kau. amacam?" takiff kasi idea.

pap!

sudu kat tangan diketuk kat kepala takiff.

"oi! sakitlah!" takiff dah gosok gosok kepala. berkerut muka dia tahan sakit.

"bernas nya idea kau!" ilyaa dah jeling kat takiff.

"tak logik ke idea aku tu?" takiff tanya.

ilyaa dah buat gaya nak pukul lagi kepala takiff guna sudu. takiff dah angkat dua-dua tangan gaya menyerah.

"ah! senang cerita, kita tanya je lah dekat atik, mana satu yg dia nak." ilyaa pulak kasi idea.

"bolehke?" takiff ragu2 je.

"entah!"  ilyaa jungkit bahu.

huuhh... masing2 dah lepas nafas.

*****

danial yg duduk tengah layan house dekat axn tu kalih pandang belakang bila dengar bunyi tapak kaki.

"weh, katik. kau nak pergi mana pulak?" danial pelik tengok atik yg dah bersiap macam nak keluar tu.

"saya mahu bersosial. ho ho ho" atik buat gaya gelak jahat.

"kau jangan weh. haram tau masuk disko ni." danial dah banguin dari sofa.

"pe kejadahnya aku nak pergi disko? aku nak keluar lah. jalan-jalan." atik dah angkat2 kening. bangga lah tu nak keluar jalan-jalan?

"dengan siapa? taufiq?" danial tanya. kening berkerut je..

"wah, pak belalang! mana tau nih? psikik eh?"

"kau naik motor ke? dengan dia? berdua?"

daniaal pandang helmet dekat tangan atik.

"ada ke org naik kereta pakai helmet?" atik dah angkat2 kening. helmet ditayang tayang dekat danial.

what? naik motor? dengan taufiq penyemak alam tu? oh! no way.

"aku ikut!" danial tiba2 bersuara.

"kau gila? kau ingat kau tu kecik nak menyelit tengah2?  'sayang' aku tu saiz innova ke hape aku nak angkut satu kampung? jangan nak mengada. kau dudk rumah. jaga rumah. takiff takde. dia keluar jugak ." sayang yg atik cakap tu motor kesayangan dia.

"alaaaa.. aku nak ikut. bosan lah duduk rumah. naik laa kereta.. ek?" danial dah buat mata blink2..

"ah ah ah" atik dah goyang2  jari telunjuk.

danial nampak kunci motor atas rak belakang atik. tangan dia terus capai  kunci motor tu. lepas tu dia tayang2 depan muka atik.

"weh, kasi lah balik." atik dah capai2 nak ambik kunci tu kat tangan danial. danial terus masukkan dalam kocek seluar dia.

"kau berani, kau seluk lah dalam kocek aku ni."

"tak hingin aku! nanti kau kata aku nak mencabul kehormatan kau pulak. kasi lah. dinno!"

"ah ah ah" danial dah buat gaya macam atik td.

"kau nak kunci ni?"

atik angguk kepala.

"kalau nak, aku ikut!"

atik fikir dua tiga saat.

"yelah..yelah..." atik jawab malas je.

"janji?" danial tanya lagi.

"iya.. janji"

"kau tggu tau. aku nak siap kejap." danial dah cepat2 naik tingkat atas.

"cepat! kau lambat tggl!" atik dah jerit kasi warning.

ek? kejap..kejap.. kalau aku tak kasi dinno tu ikut, aku tak dapat naik motor. kalau aku kasi dinno tu ikut pun, bukannya dapat pun naik motor... ceh, kuajaq betul!

"kahkahkah.. terkena jugak  si katik sayang aku tu." danial dah tergelak dalam bilik dia.

*****

atik dah nampak hyundai sonata elok masuk parking dekat garaj. atik nampak taufiq yg dekat tempat pemandu tu senyum kat dia. tiba2 senyum taufiq mati. pintu sebelah tempat duduk pemandu tu dibuka dr luar.

"dah. jomlah. tggu apa lagi?" danial yg tiba2 duduk dekat tempat duduk depan tu dah angkat2 kening dekat taufiq. taufiq hangin je.

"katik, kau nak aku dukung kau masuk dlam kereta ni ke?" danial tegur atik yg elok berdiri dekat depan pintu tu, tak gerak2..

atik jeling dekat danial. sibuk je!

*****

"heh, taufiq. kita nak pergi mana dulu?" atik yg duduk kat belakang tanya taufiq.

"owh. kita tgk wayang dulu lah. awak ok kan?"

"ok!" danial yg jawab. nada dingin je.

atik yg memang dah rasa tak sedap dengan taufiq tu terus luku kepala taufiq dari belakang.

"oi! sakitlah!!" danial dah jerit.

"kau tu. lain kali beradab lah sikit. dah lah main redah masuk kereta org. mulut longkang pulak tu. malu je dekat taufiq tau!" atik dah naik angin. yelah, rasa tak sedaplah. dah lah tak sempat cakap pun dekat taufiq yg dinno ni nak ikut sekali.

"alah.. takpelah atikah.. biasa lah. budak lagi." taufiq tahan dalam hati je tu. taknak lah gaduh depan perempuan.

danial toleh belakang. angkat2 kening depan atik. atik dah buat penumbuk.

"baik kau pusing depan. nak muntah aku pandang muka kau yg mcm jamban tak siap tu!"

"eleh.. suka ckp suka." danial mengusik.

"kau jgn nak mengade. karang aku tarik rambut kau yg terpacak pacak tu karang!"

"eleh, nak sentuh aku cakap je lah." danial saja kacau atik.

atik yg memang tggu nak meletup je tu terus tarik rambut danial sekuat hati.

"aaaaaaarggghh!!! sakit lah!!! ye,,ye,, sorry.. lepas lah weh!" danial dah menjerit. hush! ganas nya!

atik lepas. dia lap tangan dia dekat baju danial. berminyak!

"hhuhhai! mau tercabut kulit kepala aku ni!" danial betulkan balik rambut dia.

"kau berani laa kacau aku lagi! nanti botak kau aku kerjakan!"

taufiq yg senyap je dari tadi simpan perasaan je. menyemak betul lah budak ni!

*****
"kak! kasi saya popcoarn satu, coke satu." taufiq dah beratur nak order.

"atikah. awak nak apa? " taufiq tanya atik.

"samalah macam awak."

"kak. kasi satiu lagi popcoarn dengan coke ek. kau?" taufiq pandang danial. suara tak macam suara waktu tanya atik tadi.

"kak! kasi saya popcoarn tiga, coke satu, mineral water satu dengan pepsi satu. abang ni bayar tau!" danial tunjuk arah taufiq.

atik dah sepak sikit kaki danial kasi isyarat.

"apa?" danial buat gaya innocent je.

"haa! kak! nak yg tu jugak. satu ek. !" danial tunjuk jajan yg elok tergantung dekat tepi tu.

lepas dapat je apa yg dia order td, terus dia blah macam tu je.

atik sengih je dekat taufiq! sooo sorry taufiq!

*****

danial dah nampak atik dengan taufiq nak datang arah dia.

"cepat lah. nak start dah ni!" saja je danial cakap macam tu.

kedudukan dalam panggung tu, atik tengah2 antara danial dengan taufiq.

"kau ni nafsu buaya ke hape? perut lebar betul!" atik sempat bisik dekat danial.

"dah org nak belanja. buat apa tolak rezeki." danial balas bisik dekat atik jugak.

atik mampu jeling je dekat makhluk sorang ni. suka buat perangai depan taufiq tau dia ni!

"dah start..dah start.." danial saja nak ubah topik. malas nak gadoh dengan cik kak sorang ni.

huaaaaarghhh! mengantuknya! apa punya cerita lah ni. ngantuk..ngantukk.. atik dah kali yg ke enam belas agaknya menguap.

taufiq kalih pandang atik kat sebelah yg dah tersengguk sengguk tu. dia letak bekas popcoarn kat tempat letak tangan. baru je taufiq nak angkat tangan, danial dah letak kepala atik atas bahu dia dulu. taufiq pandang danial gaya 'kau-apahal?'. danial pulak balas pandangan 'she-is-mine' dekat taufiq. taufiq fokus kan balik pandang layar kat depan walhal hati memang dah berangin dari tadi.

atik tersedar dr tidur bila lampu dalam panggung tu dah terbukak. dah habis kot cerita tu. atik rasa macam nak menyuruk dalam toilet je bila sedar, elok je kepala dia sandar dekat bahu danial. rasa jantung macam dah berhenti berdegup dah..

"lain kali kalau nak tidur, baik tak payah datang sini. baik kau duduk rumah. lagi elok" danial bersuara.

"lama ke aku tidur?" atik tanya.

"tak lah. tak lama pun. kejap je. tangan aku lenguh je. tak lah patah pun sampai kene masuk lima ke enam besi." dinno ni saja je tau!

"awak, lama ek saya tertidur?" tanya taufiq lagi paedah tau!

"laah. awak tidur ke? ingat pengsan tadi." dua kali lima je masing masing.

atik jeling je dekat taufiq.

"neway.. awak memang jenis tidur keluar air liur basi ek?" taufiq tunjuk dekat tepi mulut.

atik dah raba2 tepi mulut dia. eak? tak perasan pun selama ni.

"kidding!" taufiq cubit pipi atik.

heh! kau siapa nak pegang2 aku! aku flying kick sekali baru tau. atik dah kasi jeling.

*****

sampai je kat depan banglo dato' ameer, terus danial melompat keluar dari kereta. lepas tu masuk dalam banglo tu terus.

atik pandang macam nak makan je danial. memang lah hamba allah sorang ni payah benaa nak beradab dengan taufiq. terima kasih sikit pun tak cakap.

"terima kasih eh, taufiq. sorry lah. danial tu memang suka bergurau macam tu." atik nak cover danial.

"never mind lah." taufiq senyum. never mind? dalam hati? rasa mcm nak cincang2 je danial tu td. sumpah menyemak!

"ok. babai. nak maghrib dah ni. " atik keluar dari perut hyundai sonata tu.

taufiq termenung panjang. dia masih ingat pandangan 'she is mine' danial td. aaaarrgghh! taufiq teruk stereng kereta.

*****

malam tu, ilyaa dtg banglo dato' ameer. sja nak melepak dengan budak2 ni.

"atik. aku nak tanya something ni." ilyaa tgh guling2 sebelah atik atas katil  sambil baca Feminin. majalah febret.

"antara danial dengan abang aku... mana kau nak?" ilyaa dah buat muka over exited.

"errmm.. errr.. aku nak kau je lah. senang sikit nak urus. kita kan sejenis?" atik dah malas nak layan topik ilyaa. dia keluar dari biik tu tinggalkan ilyaa sorang2.

"hish! meremang lah aku dengan perempuan ni." ilyaa ckap sorang sorang.

*****

atik berjalan sorang sorang dekat taman mini dato' ameer. malas nak layan ilyaa dengan topik membosankan dia tu.

tapi.. dia terfikir jugak. taufiq baik sangat dengan dia. rasa mcm taufiq tu abg dia je sebab taufiq mmg treat dia macam adik sendiri. danial pulak, memang dia rasa selesa dengan danial. heh! baik jugak danial tu. cuma malang sikit je dia tu sebab mulut macam longkang. heh! baru perasan danial baik lepas berdamai dengan danial. dia ok je. kadang2 dinno tu masuk air jugak. sama je macam takiff. hahahaha. gaya aku ni macam lah danial dengan taufiq tu syok kat aku. perasan lah kau atik!

atik duduk atas kerusi  yg menghadap swimming pool tu.  dia nampak dekat sebelah dia macam ada satu testpad yg ada tulisan guna dakwat pen hitam dan banyak conteng2 lukisan gambar hati. ek? danny-atik??                                          




atik ambik testpad yg penuh berconteng sebelah dia. berkerut je dahi. danny-atik? danny?? dinno tu  kan? atik? aku lah kan?

"emm..err.. atik!"

atik angkat muka. ek? dinno?

"aku... suka kau."  danial pandang atik yg dah ternganga.

"kau sihat tak ni?" atik nak sedapkan hati sendiri. biar betul!

"aku betul sayang kau ni. " danial cakap lagi.

atik senyap je.

"atik.. please say something. cakap lah sesuatu. apahal kau senyap je ni?"

'hish! aku tau lah please say something tu maksud dia cakaplah sesuatu.' atik cakap dlm hati. senyap lagi! mata pandang swimming pool.

'heh! jernih pulak air dalam swimming pool tu. rasa macam dah besar sikit lah. ayah ameer renovate ke?' sempat lagi!

"emmm.. err.. aku masuk dulu ek. ni, aku ambik. kreatif jugak kau, walaupun tulisan buruk!" atik cepat2 jalan masuk dalam banglo.

gosh!!! cepatlah sampai bilik!

danial senyum je . tindakan atik ambik kertas tadi dah menunjukkan yg atik macam terima dia.

*****
 atik yg atas katil tu dah berguling guling sambil senyum. tak stop2 senyum dari tadi. ilyaa? dah balik dah tadi. kalau ilyaa nampak gaya atik sekarang, sumpah ilyaa kata perempuan tak betul. heh!

rasa macam di awang awangan je sekarang!

buk!

atik dah jatuh katil. tu lah, sedap sangat berguling. hehehe. sambung senyum lagi.

danial yg dekat depan pintu atik tu senyum. macam dapat agak je apa yg atik buat sekarang!

*aku tak pernah masuk panggung. so aku main tulis apa yg aku bygkan je*

No comments:

Post a Comment