" live hell, live well,
you choose! "

~credits to Hlovate..

Tuesday 13 March 2012

kisah arel-nisa

 “baiklah. Dengan kata sepakat semua ahli kelab hoki, pengerusi kita pada tahun ini, Adam Azrel Mohd Rahim dari tingkatan 5 Beta dan timbalan pengerusi kita,  Nur Annisa Abdul halim dari tingkatan 4 Teta.”
*****
“kak nisa!”

Nisa stop tekan kalkulator. Angkat muka pandang si pemanggil.

 “Abang arel nak jumpa dekat 5 Beta sekarang. Hal hoki!”  Adli, budak form 1 dah terjengul depan pintu 
kelas 4 Teta.
   
Nisa dah mengeluh. Huh! Tolong lah jangan ganggu masa prep sabtu aku ni. buku latihan addmath ditutup. Nisa melangkah malas.

Dari jauh, nisa dah Nampak arel tegak berdiri depan pintu kelas 5 Beta. Nasib baik! Senang kerja aku. Tak sanggup aku nak masuk dalam kelas tu. Kelas budak2 ‘attack’!  seram aku haih!

“cepat sikit!” arel dah jerit dekat arah nisa.

Nisa mencebik.

“apa dia?”  Nisa dongak sikit pandang arel. Huih! Apa yang tinggi sangat dia ni?! terlebih kalsium ke hape?

“petang ni aku buat latihan. Panggil budak2 semua turun. Wajib! Kalau lambat, lari padang 3 round!” arel 
serius.

Nisa dah berkerut. Ek?

“bukan kau dah cakap ke semalam?” nisa pelik. Semalam lepas prep malam tu, makhluk mana pulak yang aku jumpa depan surau? Bukan dia ke? Nia apa kes macam dah mereng pengerusi aku ni?

Arel buat muka selamber.

“oh. Ek? Ah! Dengar je lah. Banyak bunyik pulak. “

Nisa macam dah bertambah bengang. Aku pergi blok f5 dari blok f4 yang jauhnya macam nak ke antartik ni semata mata nak dengar pesanan yang aku memang dah dengar? Rasa macam ringan je kaki ni sekarang! Huh! Spongebob kau, arel!

*****   
“weh, nisa! Esok petang, suruh budak2 player pergi depan stor. Kena kemas sikit. Bersepah! Ko datang sekali.” Arel pesan.

“apasal aku kena ada sekali?” nisa tak puas hati. Aku bukan main pun, apasal tetiba aku kena datang sekali?

“jangan banyak bunyik! Datang je!”

“hmm.. yelah.” nisa hanya mampu menurut je.

*****   
“ok. Petang ni, aku nak korang semua kemas balik stor yang korang dah sepahkan ni. kita start dengan kayu hoki tu. Nisa! Kayu hoki public tu, kau susun elok2 dekat tepi dinding. Kayu hoki yang  bawak pergi lawan 
ada dalam beg tu. Tu pun kau susun elok2.” Arel dah mengarah.

Nisa tercengang. Apasal aku pulak??!!

“kau ada masalah?” arel bersuara bila nampak nisa tak gerak2.

“errmm.. err.. takde!”  nisa jawab. Walhal dalam hati rasa macam nak hentak2 je mamat tu pakai kayu hoki ni.

“so? Go now..” arel buat gaya tak bersalah.  Dalam hati nisa  dah macam2 sumpah seranah dah kasi dekat arel. Buat tambah dosa aku je! Huh!

“bola hoki yang bersepah-sepah ni pulak masuk dalam satu kotak. Nisa! Belakang stor ada satu kotak 
kasut. Kau pergi ambik. “ arel arah lagi.

Sumpah aku rasa macam nak meletup! Ni apa gaya kalah fir’aun ni? tapi kaki tetap melangkah pergi belakang stor. Kotak kasut yang dikatakan tadi diambil. Nisa pergi balik dekat stor dan masukkan bola hoki dalam kotak. Siap! Kotak tu dia letak dekat sudut stor.

“yang guard kaki dan segala gala guard tu kau susun elok2 dekat belah sana pulak.”

“aku jugak?” nisa memang dah letih tahap langit ni.

“kau rasa ‘kau’ yang aku sebut tadi tu merujuk siapa?” arel dah buat kening double jerk.

Aku rasa macam nak menjerit ni!!!!!! Nisa pergi susun bende alah tu dengan hati yg sangat geram. Dah lama aku tak makan orang ni?!

“ok! Last sekali. Sapu lantai stor ni. nisa! Kau pergi pinjam penyapu dekat stor tennis.”

Arghh!! Aku benci suara tu! Suara diktator.

“stor tennis? Dekat stor bola baling sebelah ni takde ke?  Apasal stor tennis yang hujung dunia tu jugak aku kena pergi ambik?” nisa rasa macam nak nangis dah. peluh yang dekat dekat dahi  dia lap guna lengan baju entah berapi kali entah. Huh! panasnye. Logik tak kalau nak cadangkan dekat cikgu hisyam letak aircond dalam stor ni?

“pergi je lah ambik!” arghh! Diktator tu!!

“ok semua. Terima kasih atas kerjasama masing2. Boleh bersurai”  

‘ok semua. Terima kasih atas kerjasama masing2. Boleh bersurai’ nisa ajuk gaya arel dalam hati. Suruh panggil budak player. Tapi aku kemas sorang!! Arghh!! Geram nye!!

*****
Tahun ni aku rasa sangat tensyen. Bukan tensyen dengan subjek upper form. Tapi aku tensyen dengan kelab hoki tahun ni! sikit-sikit…

“kak nisa! Abang arel nak jumpa!  Hoki!”

“nisa,, arel pesan bla..blaa..blaa..”

“nisa! Abang arel kata, petang ni blaa..blaa”

Tu aku boleh tahan lagi. Yang aku tak tahannya waktu mesyuarat majlis tertinggi kelab hoki, aku ni yang dia suruh catat segala point yang dibincangkan. Tu bukan kerja s.u. ke?? Duit yuran pulak, dia suruh aku yang kutip? Baik tak payah lantik bendahari kelab!! Argh.. tekanan..tekanan..

“nisa. Arel cakap dekat kak isya tadi dia nak jumpa nisa dekat gazebo”

Hah! Itu diaaa.. itu diaaa.. panggilan puaka aku..

“ok.. kak isya..” malas je nisa jawab.  Kak isya geleng kepala je.

***** 
Nisa sampai2 je, nisa nampak arel dah ada dekat gazebo tu.

“petang ni ada latihan ke?” nisa bersuara dulu. Nada macam perli pun ada.

“taklah..” arel geleng perlahan.

“nak kemas stor lagi? Aku memang free sekarang. Aku rasa macam dah suka lah kemas2 stor ni. boleh masuk dalam biodata nanti. Hobi; kemas stor hoki..”

“tak lah.. stor belum bersepah lagi.”

“mesyuarat?”

Arel geleng.

“habis tu? “

“aku nak jumpa kau.”

Nisa dah berkerut.

“apa cakap macam bhai singh ni? memang lah sekarang ni kau tengah jumpa aku. Tapi kenapa kau nak jumpa aku? Pasal hoki?”

“peribadi” arel jawab.

Ek?

“aku suka kau!”

Zap! Rasa mcm tak boleh brnafas.

“ha.ha.ha. tak lawak! Cepatlah.. kenapa nak jumpa?”

“aku serius. Aku sayang kau!” memang muka arel tengah serius ni.

Tapi nisa terus blah macam tu je.  Nonsense!

*****
“amacam? Apa cer dengan kau punya confession tadi?” zarul dah menyibuk bila nampak je arel masuk dorm.

“senyap lah kau!” arel terus melangkah ke katil.

“haha. Apa sentap2 ni bro? rejected?” zarul buat kening double jerk.

“shut up la! Rasa taknak hidup dah?” hangin betul lah aku dengan sahabat aku sorang ni. zarul angkat kedua-dua tangan . gaya give up.

“ok..ok.. tu lah kau. Mengade ngade sangat dulu. Dera dia macam2. Macam aku tak tau. Kau suruh dia buat macam2 kan? Kemas stor hoki lah! Itu lah. Ini lah. Arel.. arel.. pelik lah cara kau suka dia.” Zarul dah geleng kepala.

“aku buat macam tu sebab dengan cara tu je boleh buat aku lebih dekat dengan dia. Aku betul sayang dia, 
weh. Tak pernah aku rasa macam ni.” Arel separuh mengeluh.

“rilek la kawan! Kalau ada jodoh, tak kemana!”

Arel senyum tawar. Kalau ada jodoh.. kalau..

***** 
pagi2 waktu sampai kelas, nisa nampak ada stick note colour biru atas meja dia.

 Berkerut dahi nisa. tapi tiba2 dia mengukir senyuman. siap ada love symbol!

***** 
esok paginya..
nisa senyum sendiri.. apalah! hhduhnya tulisan!

***** 
nisa dah agak. haih? kuning pulak harini? haha..
nisa senyum lagi..

*****
petang tu arel naik ke kelas lepas riadhah. tertinggal wallet dlam laci meja. harap2 takde yang hilang. sampai kelas je, arel nampak atas meja dia terlekat 1 sticknote. 


arel senyum. lebar! dia tau nisa dah terima dia.. my budak kecik cayang!




sebuah hikayat [2]

 zhariff yang dah nampak kelibat khai tu angkat kening tunjuk arah khai dekat ijat. khai dah nampak muka tapai 2 sahabat dia tu hnya mampu buat peace je.

"assalamualaikum saudara seislamku sekalian.." khai buat gaya tak bersalah. tarik sengih!

"apa cerita lambat ni,, cik adik?" ijat dah buat kening doble jerk.

"manyak sorry laa cik abang. tadi cik adik kena tahan dengan big boss la.."  khai buat muka kesian..

"banyak alasan!" zhariff yang diam dari tadi bersuara..

"apa kita nak denda ni, ijat?" zhariff sambung lagi..

khai dah muncung! ceh,, tak boleh pakai punya kawan! kata sahabat..

"hmm.. belanja makan ah.. amacam zhariff?" ijat angkat kening.

"aku on.." zhariff setuju.

aku yang dekat tengah2 diorang ni hanya mampu dengar je. kalau bab pau orang,, nombor satu!buruk bebenor perangai masing2..

"so.. cik adik? shall we?" ijat dengan zhariff serentak hulur tangan. khai hanya mampu jeling je. khai blah tinggalkan diorang yang tengah galak ketawa. ceit! 

*****

"makan apa?" pelayan tu dah keluarkan buku nota.

"ermm.. kasi saya ikan siakap tiga rasa, ayam paprik, telur dada.. emm.. apa lagi ek? tomyam jugak.. lepastu, sayur kailan masak ikan masin sekali.." selamba badak je ijat order.. khai dah buntang mata.

"saya pulak.. " 

"opp!!opp!! kak.. kasi saya 2 nasi kosong dengan telur goreng. lepastu taruk kicap ek, kak! lepastu, air kasi air suam je.. 2 ye kak! terima kasih.."

belum sempat zhariff nak order khai dah potong.

"order tadi?" pelayan tu dah pening.

"cancel.. " khai masih maniskan muka.

"apa yang gaya hitler sangat kau ni? dah lah  air suam pulak tu!" ijat tak puas hati.

"yang kau tu makan gaya macam tak ada hari esok tu apahal? nafsu buaya betul!" 

zhariff geleng je. apa punya gaya tak cukup umur masing2 ni?

tiba2 ijat macam ada satu idea kejam.. hohoho..

ijat jalan slow2 pergi belakang khai. tiba tiba..

"aarrghhhh!" tu diaa suara merdu khai dah keluar. khai dah kasi pandangan aura berapi dekat ijat.

"spirogyra kau ijat! apa kes main tarik2 tudung ni?!" khai separuh jerit.

khai dah bangun. nak balas serangan. ijat dah bukak langkah nak lari.. khai nak kejar,, tapi tiba2 zhariff tahan  khai. khai stop tapi  masih bengang lagi dengan si ijat tak guna tu. muka tak payah describe lah. macam halilintar nk telan orang!

zhariff tarik khai duduk balik.. khai menurut je..

"hahaha.. huduh laa, khairina.. meh aku betulkan" tiba zhariff betulkan tudung khai. khai pulak tiba2 macam jadi beku. khai rasa lain...

muncung atas tudung ditarik. kelepet belah kiri.. kelepet belah kanan.. "ok.. siap!" zhariff senyum..

khai masih beku..

zhariff tepuk pipi kanan khai perlahan. "hei! mengelamun ape? siap dah!"

khai dah sedar balik..

"kau ni apa kes pulak? ingat ni zaman sekolah rendah ke main betul2 kan tudung? main tepuk2 manja?" khai control gubra dalam hati..

zhariff mencebik..

"habes kau tu gaya matang habes lah ni? gaduh2 dekat tempat2 awam ni kira matang sangat lah tu?"  zhariff balas selamber.

khai mencebik. dia keluarkan sony ericsson dari kocek jeans.

; ijat! dalam masa 1 minit,, kau datang balik sini. kalau tak,, aku takkan lepaskan kau!!


send!