" live hell, live well,
you choose! "

~credits to Hlovate..

Wednesday 28 December 2011

ini cerita mereka [18]

"atik.. kau dah tak sayang lagi ke dekat danny?" ilyaa tanya atik yg tgh khusyuk menghadap laptop dia tu.

"bila zamannya pulak aku ada sayang dia?" tengah fokus lagi taip kerja dia dekat laptop.

"eleh. kau ta payah lah. siapa entahnye yg dah macam zombie waktu danial dekat london dulu."

"tu lain. waktu tu aku rasa lain bila dia takde. sebab dah takde kawan nk gaduh." atik berselindung lagi.

ilyaa dah geleng2..

"atik..atik.. aku tau lah kenapa kau jadi benci kat dia macam ni sekali. dia dah cerita semua dekat aku. sebb dia dah tak tau mcm mana nak pujuk kau ni. kesian dia kau tau? dia betul2 sayang kau." panjang lebar ilyaa ckp.

"mana kau tau dia sayang dekat aku?" atik teruskan menaip.

"alah.. aku tau laa. kau tu pun sebenarnya sayang dekat dia. kau buan benci dia pun kan sebenarnya? sebab kau terlampau sygkan dia lah kau marah sangat dekt dia. hati kau rasa sakit sangat sebab org yg kau syg yg tengking kau. maki kau. kutuk kau macam2 kan?"

atik senyap. tangan stop menaip. tapi tak pusing hadap ilyaa lagi.

"aku admit dia memang salah. tpi dia tak sengaja. dia salah faham je. time tu, dia rasa marah sgt. tu yg tak sempat nk scan dulu apa yg dia ck dkt kau. kau tau kenapa dia marah? sebab dia cemburu tgk kau dgn abang aku. kenapa dia cemburu? sebab dia sayang dekat kau tau?" ilyaa sambung lagi..

"tapi dia tak patut ckp aku macam tu." atik bersuara.

"entahlah atik. suka hati kau lah. tapi kau jgn menyesal pulak kalau danny tu berbalik dekat eva. sebab aku ada dengar2 jugak yg parents si eva tu nak jugak eva tu dengan danny. cuma danny je yg tak kasi keputusan lagi. tapi kalau kau berterusan macam ni, buat perangai macam ni, so, say bye2 je lah dekat danny yg betul2 sayang dekat kau tu." ilyaa terus keluar dari bilik atik.

atik dah tersenyap.. betul ke? danny....dengan eva?

*****

atik dah sampai dekat tengah2 tangga tu nak turun terhenti sebab dengar suara dato' ameer mcm tgh bercakap dengan danial. ek? mcm serius je bunyi. atik dah start nak curi dengar.

"betul ke keputusan danny ni?" dato' ameer bersuara.

"dah itu yg mama dengan papa nak paklong. nak buat macam mana?"

ek? suara danial? atik melangkah turun beberapa anak tgga. nak dgr lebih jelas.

"habis tu? kebahagiaan danny? danny tak sayang atik lagi?" dato' ameer tanya lagi.

ek? apasal nama aku kena sebut pulak ni?

"danny sayang atik. sayang sangat." danny jawab. time tu atik dah rasa kembang setaman. heh!

"tapi, danny tetap pilih eva. atik pun mcm dah tak suka dekat danny. nak buat macam mana org dah tak suka? lagipun, mama dengan papa memang dah lama harap danny kahwin dengan eva. biarlah atik bahagia."

time tu atik rasa macam nak pengsan dah. tak percaya apa yg danial ckp tadi. kelmarin dia tau ilyaa ada ckp. tp ingatkan ilyaa main2 je. nak gertak2 je.

atik terus melangkah sambil tahan perasaan yg dah sebak. macam ni je kita? dinno? atik terus melangkah keluar dari banglo tu. tak pusing langsung pandng dekat danial yg dekat ruang tamu tu. rasa air mata mcm nak pecah dah.

*****

"hello.. ilyaa. aku nak jumpa kau boleh? malam ni. dekat taman permainan yg dekat dgn rumah kau tu laa. hmm.. aku ok. ok.. bye!" atik matikan talian. dia lap pipi yg dah memang basah lencun dgn air mata dri td.

sampai hati kau dinno!

*****

"dah lah tu, atik. aku tak bawak banyak tisu ni. karang banjir pulak kawan rumah aku." ilyaa dah tak tau macam mana nak pujuk atik lagi.

"sampai hati dia. dia suruh aku tunggu dia, tapi dia buat macam ni kat aku. buat rugi je tolak org2 yg nak merisik aku tu." atik yang dudk atas buayan tu dah menangis macam budak kecik.

"kau jugak yg taknak dia lagi kan?" ilyaa tanya.

"MANA ADA!! aku tak cakap pun!!!" atik dah jerit. ilyaa yg terperanjat tu dah usap2 dada.

"kot ye pun, jangan lah menjerit. terperanjat aku tau!!" ilyaa marah atik balik.

"kau ni kan atik. dari dulu lagi. dari zaman kau 'jantan'  lagi kau ni kuat nangis. sampai lah kau dah jadi perempuan melayu terakhir ni. sikit2 nangis."

"bukan aku saja nak nangis. dia yg buat aku nangis." atik jawab.

"kau kan tak sayang dia." ilyaa umpan lagi.

"mana ada aku kata aku tak sayang!" atik lap air mata guna bucu tudung dia. tisu habis semua bertaburan dekat rumput. mau kena saman ni kalau org nampak. nasib baik tgh2 malam ni org tak keluar.

"jadi kau sayang lah ni?" ilyaa yg dekat belakang atik tu dah sengih2. semacam je!

 "ye lah. aku sayang dia. aku sayang dia gila gila! so what? dia yg jahat dgn aku. dia yg dah buat aku sayang dia tahap gaban macam ni, lepas tu sesedap rasa dia je nak kahwin dengan org lain!!" atik dah separuh jerit..

"betul ni?"

"betul laaahhh!!!! kau nak suruh aku cakap macam mana lagi?" atik dah bengang.

ek? tapikan.. kenapa suara ilyaa mcm lelaki.. mcm suara..dinno! atik terus pusing belakang. dia nampak danial dah sengih2..  dia pandang sekililig taman tu.. mana ilyaa?? dah hilang dah??

"betul ke?" danial dah tanya atik. kening diangkat angkat.

'erk? betul? betul apa? ohhhh!! gosh!! apa aku ckp td? dia dengar ke??' atik rasa macam nak benyuruk je dlm gelongsor tu.. malu nye! dinno dengar!

danial dah gelak2..

"aku sayang kau jugak!" danial balas balik dekat atik.

"siapa sayang kau?" atik jeling balik dekat danial. tiba2 danial keluarkn handphone dari kocek jeans dia.

"ye lah. aku sayang dia. aku sayang dia gila gila! so what? dia yg jahat dgn aku. dia yg dah buat aku sayang dia tahap gaban macam ni, lepas tu sesedap rasa dia je nak kahwin dengan org lain!!"


atik dengar suara dia keluar dari handphone danial. ceh! dia rakam apa yg aku cakap td.. tak guna betul!

"kau main tipu!! mana aci!"

"apa pulak tak aci? mana ada aku main tipu.." danial duduk dekat buayan sebelah atik..

"kau saja je kan? kau kejam! kau buat aku sayang kau macam org gila, lepas tu sedap2 je kau kahwin dengan org lain.." atik tunduk. pandang tanah. perlahan je suara dia. dia lap pipi yg dah start balik basah dengan air mata.

"kau kan dah tak suka aku lagi.." suara danial pun dah selow.. sama ton dengan atik..

"tapi tu time aku tgh marah. kau macam tak faham2 je. kau pujuklah aku.." lap air mata lagi..

"mana aku tau kau merajuk.. lapan tahun dulu,, kau mna ada merajuk2 dgn aku.."

"kira kau jadi lah kahwin dengan eva?" atik tanya danial.

danial mengeluh.. dia angguk perlahan lahan.. atik dah rsa mcm tak boleh bernafas..

"nak buat macam mana? dah edar kad undangan dah.. minggu depan aku nikah.."

atik terperanjat. minggu depan??!! cepat nya!

"cepatnya? tak sabar2 dah ke?" atik senyum hambar..

danial pun kasi senyuman yg sama dekat atik.

"parents kitorang yg uruskan semua."

diorang pun senyap. masing2 pandang langit..

"ermm,, katik.. aku, sorry, ek?" tiba2 danial bersuara.

"dahlah. bukan salah kau pun. aku pun salah jugak."

"kalau aku tau, sumpah aku tak sanggup nak sia2 kan lapan tahun kau untuk tggu aku."

"dah lah.. dah takde jodoh.. nak buat macam mana.. kan??"

akhirnya diorang pun senyap tanpa kata2..

*****

sejak malam tu, atik dengan danial dah tak banyak bertegur sapa.. atik macam nak larikan diri je dari danial. setakat senyum je kalau terserempak. yelah kan. dah duduk satu rumah.. takkan lah tak jumpa langsung..

"atik.. " atik nampak danial dah duduk dekat sofa bertentangan dia.

"hmm.. err.. ya." atik jawab. senyum je dekat danial.

"apasal kau mcm lari je dr aku?" danial tanya.

"eh! mana ada. kau je yg perasan lebih kot."

danial angguk je.

"kau datang ek, majlis aku nanti.." danial bersuara balik..

"heh! mestilah.. kawan .. err.. kawan aku nak kahwin. mesti aku datang!" atik buat2 ceria..

danial senyum..

"nanti bila kau dah bahagia, kau jgn lupa aku tau!" atik memaniskan muka.

"mestilah! nanti kalau aku ada anak, aku kasi nama atikah. tapi aku harap anak aku tak katik macam kau lah..hahah" danial bergurau.

tapi atik tak gelak pun dengar gurauan danial. dia senyap.. danial dah tak sedap hati tengok muka atik yg dah berubah..

"er.. aku gurau!" danial cakap kat atik.

"eh, takdelah! hahaha.. aku pun harap anak kau tak katik macam aku. heh! oklah. aku naik dulu ek," atik terus bangun dari sofa. dia melangkah naik tangga.

'anak? heh! dia memang betul2 bahagia dgn perkahwinan ni..' atik dah cakap dlm hati..

danial pandang je atik dari jauh.'atik, sorry!' ...

No comments:

Post a Comment