" live hell, live well,
you choose! "

~credits to Hlovate..

Wednesday 29 May 2013

Ayap-Eca


"Ayap!"

Ayap toleh belakang. Erk. Mesti dia dah tau ni. Tarik senyum. Stay cool Ayap!

"Yup? Panggil aku ke?" Ayap pandang si pemanggil. Memang nampak dah aura hangin dia. Adess!

"Ada orang lain ke nama Ayap kat sini?" tuu diaaa. Aura hangin Eca dah keluar.

"Ayap! Kau buat hal lagi eh? Apasal kau kena panggil dengan cikgu disiplin semalam?"

Ayap tarik sengih. Kan dah kata.

"Takde apalah. Kau tak payah risaulah Ca. Macam tak biasa. Kan?" Ayap kenyit sebelah mata.

Heeehhh. Menyampah pulak aku dengan mamat ni. Buat muka bajet comel pulak kau kat sini. Itulah dia, Ahmad Asyraff. Sahabat aku dari tadika. Naik sekolah menengah dia jadi budak wanted sekolah. Apa-apa kes, mesti cikgu panggil dia dulu.  Budak-budak semua takut nak dekat dengan dia. Kira taiko sekolah lah ni. Cakap sikit apa kes je dia tak pernah buat? Lempang anak orang? Belasah anak orang? Seludup bilik disiplin ambil barang rampasan? Gantung sekolah? Adalah dalam 2 kali kot! Sebat? Tak payah cakaplah. Dah muka pun nak seiras macam penyangak dah. Orang semua pelik dengan aku macam mana boleh bersahabat baik dengan Ayap tu. Heh kira hebat lah ni headgirl sekolah bersahabat baik dengan budak wanted sekolah.

"Betul kau tak buat apa ni?" Eca pandang tepat muka Ayap. Mata dikecilkan.

"Iya! Jangan risau lah. Kau ni pun."

*****

"Eca!"

Eca angkat muka dari buku rujukan biology keluaran sasbadi tu. Kening angkat sebelah pandang Ayap yang dah tarik kerusi depan hadap dia.

"Amende kau?"  Eca pandang Ayap yang dah menongkat dagu pandang dia.

"Aku nak outing esok. "

"Halal, haram?"

"Ciss kau! Halal lah!"

"Boleh percaya ni?" Eca buat muka kurang keyakinan.

"Kau tak payah nak prejudis sangat lah dengan aku kan? Outing ngan ibu esok. " Ayap separuh berbisik.

Eca tarik sengih.

" Alololo. Kiutnya dia outing dengan ibu. Taiko sekolah outing dengan ibu, wei!" Eca tak tahan nak gelak.

"Hish! Kau senyap sikit boleh tak? Buat hilang macho je" Ayap toleh kiri kanan. Nasib baik time rehat ni ramai orang pergi kantin. Tak pun pergi bilik guru ke, perpustakaan ke, tak kisahlah.

 "Haha. Ok. Ok. Kau nak berapa?" Eca keluarkan dompet dia dari dalam beg. Memang semua duit Ayap ni dia yang pegang. Aku rasa macam dah jadi PA dia pulak.

"50?"

"Banyaknya. Kata keluar dengan ibu. "

"Takpelah. Lecehlah nanti mintak duit kat ibu, dia korek aku nak beli apa."

Tangan Eca yang tengah korek-korek mana dia simpan duit Ayap tiba-tiba stop. Ayap pandang Eca gaya 'kenapa?'

"After solat jumaat aku kasi kau. Bukan boleh percaya kau ni. Karang melencong entah kemana pulak lepas solat jumaat."

"Hish kau ni! Instinct kalah ibu! Rimas aku!" Ayap beredar keluar dari kelas Eca.

"Ok! Aku anggap tu pujian. Trimas!" Eca laung. Haha! Lawaklah Ayap. Kau ni jarangkan                      tengok aura ibu-ibu aku ni.

*****

"Kak Eca."

Eca tarik earphone dari telinga. Rasa macam ada orang panggil. Dia nampak Mila yang berdiri tegak depan pintu bilik basuh.

Eca angkat kening tanya 'kenapa?'.

"Akak busy ke?"

"Tak. Dah nak siap. Tinggal bilas je. Kejap."

Eca bilas baju-baju yang dibasuh tadi. Banyak kan? Biasalah. Separuh baju Ayap, separuh baju aku. Aku memang bengang dengan dia ni. Pagi tadi dia dapat satu bungkusan beg plastik. Siap ada tampal stick note lagi tau.

Eca, tolong tau! Aku nak outing ngan ibu
hari ni. tolong ye. Aku tak sempatlah heee :D
basuh wangi2 tau!
sayang kau!
-sahabat sampai mati- 

Blah lah kau dengan sahabat sampai mati kau tu!

"Mila kenapa nak jumpa akak?"

"nah! ni abang Ayap kasi." Mila hulur mangkuk tingkat. 

Heh, dik! Salah ni. Bukan abang Ayap kau kasi ni, dik. Ini ibu abang Ayap kau kasi.

"terima kasih"

"kak Eca. Hmmm.. ermmm." Mila teragak-agak

"kenapa?"

"kak Eca.. Hmm. Dengan abang Ayap hmm ada apa-apa ke?"

"Bahahhahabhaa! Lawak jenis apa lah Mila ni. Memang tak arr! Gila lawak " Eca lap hujung mata yang dah berair. 

"oh. ok," muka Mila nampak sikit lega.

"apasal? Mila suka Ayap ke?" Eca dah angkat-angkat kening.

"Eh, taklah! Memang tak laah. Nak dekat pun Mila dah cuak." 

Hahaha. Agak dah.

*****

"Bhahhabhhahaaa" 

Eca dah gelak tekan-tekan perut.

"apa yang lawaknya?" Ayap sedut milo ais dari straw.

"tak lawak ke? Macam mana la budak si Mila tu boleh terfikir benda yang diluar akal pemikiran tu. Aku? dengan Kau? Memang tak arrr. Hadeyy. Lawak..." Eca habiskan sisa sisa ketawa dia.

"Eh, Mila tu bukan adik Apek ke?" 

"Haah. Asal?"

"Oh. Takdek. Saja tanya"

"Hmm. Ok" Mila sambung balik meng'highlight' note-note penting dalam buku rujukan physycs tu.

"Tapi kan Eca. Macam ok je."

"Apa yang ok?" kepala tak angkat dari buku

"Kau. dengan aku. Macam stylo je" 

Senyap. Satu saat. Dua saat. Tiga saat...

"Ayap.. Kau jangan... buat aku nak tergelak balik! Bhahahah!!"

*****
"Eca. Kau tau tak.. Ayap bertumbuk lagi.."

Ya Allah!

"Pasal apa pulak kalini?" Eca garu kening.

"Tak tau. Tapi kau tau siapa yang dia belasah?"

Eca angkat kening. Siapa?

"Apek!"

Eca pandang tak percaya.

"Ayap sekarang dekat bilik disiplin"

*****

"Nah! Tuam kat muka kau yang dah macam badud tu!"

Ayap  pandang huluran bungkusan ais kat tangan Eca.

"Tolong?"

 Gurau.

"Nak tambah koleksi lebam kat muka tu ke?"

Gertak.

Ayap tarik sengih. Bungkusan ais disambut.

"Ingat ni zaman kanak-kanak ke aku nak tuamkan? Kena tangkap basah karang. Masuk balik dalam bilik disiplin tu. Dengan aku-aku sekali." Ceh, tak ada lah sampai kena tangkap basah pun kut kan?

"Apasal kau belasah budak Apek tu?"

Ayap berdesis. Sakit pulak muka ni tiba-tiba. Campur dengan sakit hati lagi. Teringat malam tadi.

"Apek. Kau ada usha Eca kan?"

"Amende kau merepek ni?" Apek dalih.

"Macam tak tau. Kau hantar adik kau kan pergi usha si Eca tu"

"So? Kalau betul apa kau nak buat?"

"Tak payah lah. Kau jaga je lah awek-awek kau yang kau simpan buat pekasam tu"

"Tak salah kan? Nak tambah koleksi pekasam?" 

dan.. 

Buk!

"Kurang ajar, kau!"

"Woi! Kau dengar tak aku tanya kau ni?" Eca menghentikan lamunan Ayap.

"Dah argh. Malas aku nak fikir. Buat sakit otak je. "

Heleh! Eca mencebik.

"Kelas tahanan lagi?" Eca tanya.

Ayap angkat kening. Macam biasa.

"Hadeylaaa. Berapa lama lagi ni?"

"2 minggu."

"ibu tau tak?"

"kalau kau senyap. Ibu tak tau lah"

Eeesh budak ni!

*****
"Kau sedar tak malam tadi?"

"Hish. Takutnya. Kau agak siapa?

"Siapa lagi kalau bukan budak wanted tu"

"Berani betul! Siapalah malam tadi tu kan?"

"Agak-agak dorm aku diorang masuk ke tidaak ek?"

Pagi Rabu tu kecoh satu sekolah pasal kes budak aspura ceroboh aspuri.

"Bismillahirrahminirrahim. Perhatian kepada semua Majlis Tertinggi Pelajar sila ke bilik mesyuarat dengan kadar yang segera" terdengar announcement dari corong speaker sekolah.

Eca bergerak ke bilik mesyuarat.

"Assalamualaikum. Agenda kita pagi ini ialah kes tergempar malam tadi. Aku selaku headboy sekolah ni mula-mula nak mintak maaf bagi pihak si badigol mana entah yang buat kerja gila ni" Zahid selaku headboy mulakan mesyuarat pagi tu.

"Siapa lagi. Ayap lah tu."

Eca pandang tajam si Apek sebelah dia.

"Apek. Apa yang mulut kau manis sangat berbicara ni? Kau tulis je laporan tu boleh tak?" Eca berang.

"Betul apa aku cakap. Yang kau nak backup sangat buah hati kau tu kenapa?"

"Woi! Sejahat-jahat Ayap tu takdenya lah dia hadap sangat dengan budak aspuri sekolah ni sampai nak ceroboh-ceroboh bagai! Aku kenal dia dah lama lah wei!"

"Opp.. Opp.. Apa gaduh-gaduh ni? Kau ada bukti ke Apek main tuduh anak orang ni?"

"Ada lah! Kau ingat aku ni tak bertatasusila sangat ke nak menuduh orang sesedap hati. Nih hah!"

Apek lempar sweater kelabu jenama adidas tengah-tengah meja.

"Ni sweater Ayap kan? Lagipun kalau nak fikir logik pun,, siapa lagi kalau bukan Ayap?"

Balas Apek lagi.

Eca terpanar. Sweater tu. Dia kenal sangat!

"Ayap. Buruk lah taste kau. Dah macam warna taik anjing dah! Tukar-tukar!"

"Suka hati kau je cakap taste aku taste taik anjing kan?" 

"Ah, tak kisah lah! Nah amek ni. Baru lawa"

"Lagi buruk taste kau! Dah macam taste opah aku dah"

"Ah, bising lah kau! Cepat lah test try!" sweater jenama adidas warna kelabu dihulur.

Ayap sarung pada badan.

"Ayap! Gilak ah! Kau nampak seksi lah Ayap" 

Ayap tarik muka. Eca tergelak sakan.

"Mana kau dapat sweater ni?" Eca tanya. Nada beku.

"Adik aku kasi la. Dorm dia antara dorm yang kena ceroboh. Lepas tu bodoh betul tinggal barang bukti!"

Eca tak dengar dah apa Apek cakap lepas tu. Sweater atas meja tu dia ambik. Terus keluar dari bilik mesyuarat.

******

"Bukan saya lah cikgu! Berapa kali saya nak bagi tau?"

"Ahmad Asyraff! Mengaku cepat! Kalau bukan kamu siapa lagi yang berani ceroboh asrama puteri malam tadi?"

Ayap senyap. Muka tak ada perasaan. Macam malas nak dengar dah.

"Ahmad Asyraff! Kamu jangan buat saya hilang sabar!"

Sapp!

Sekali layang rotan setebal satu inci itu.

"Mengaku cepat!"

Senyap.

Sapp!

Sekali lagi rotan tu melayang.

"Ahmad Asyraff! Ini peluang kamu yang terakhir. Baik kamu mengaku cepat!"

"Ya, cikgu! Memang saya yang ceroboh! Memang saya! Kalau saya cikgu nak buat apa?"

*****

Eca berjalan laju mencari Ayap. Hish! Mana Ayap ni!

Dia nampak kelibat Ayap dalam bilik disiplin dengan Cikgu Taha.

Sapp!


Cikgu Taha sebat Ayap dengan rotan setebal sati inci tu.


"Ahmad Asyraff! Ini peluang kamu yang terakhir. Baik kamu mengaku cepat!"


"Ya, cikgu! Memang saya yang ceroboh! Memang saya! Kalau saya pun, cikgu nak buat apa?"

Eca terdiam tak berkutik. Ayap?

*****

Ayap kemas buku-buku dalam loker. Dimasukkan buku-buku tersebut dalam satu kotak.

Buk!

Rasa ada benda melayang tercepuk dekat muka dia.

Ayap dongak pandang atas. Dia nampak muka Eca yang macam dah berapi tu.

Dia nampak jugak sweater adidas dia warna kelabu yang dah tersepuk atas lantai.  Erk?

"Ahmad Asyraff bin Abdul Rahman!"

Tinggi pitching Eca. Nasib baik petang tu tak ada orang naik kelas. Sibuk beriadah kut.

Ayap yang tadi bertinggung mula berdiri.

"Apa benda sampah yang kau buat ni Ayap?! Kau dah tak ada kerja lain ke sampai nak ceroboh aspuri bagai? Kau ni dah kenapa Ayap?!" Mata Eca mula berkaca. Tangan yang menggenggam penumbuk dah menggigil.

Ayap senyap. Dia pandang je muka Eca.

"Kau kenapa buat macam tu. Aku dah tak kenal dah kau siapa. Kenapa kau sanggup sangat buat benda bodoh macam tu?!" Eca sambung. Pitching makin tinggi.

"Selama ni aku tak pernah kisah jenayah apa kau buat. Tapi yang kali ni kau gila melampau!"
 Marah Eca tak surut lagi.

"Kau tau tak aku siapa kat sekolah ni?! Kau tau tak apa yang kau buat ni dah buat malu aku sebab semua orang tau memang aku ni je kawan kau kat sekolah ni! Sekarang semua orang dah perli-perli aku!! Semua sebab kau!! Aku benci kau Ayap! Aku taknak kawan dengan kau lagi!! Aku benci Ayap!!" Eca menjerit sekuat hati. Empangan mata dah pecah. Spec yang tersarung ditanggal.

"Aku mintak maaf. Tapi aku agak sedih lah. Lagi sedih dari tadi. Lagi sedih rasa dia bila satu-satunya orang yang aku ingat akan percayakan aku tak percayakan aku langsung. Aku ingat bila satu dunia ni akan blame aku, kau lah orang yang akan percayakan aku." Ayap hela nafas.

" Tapi aku silap. Tak payah nak tunggu satu dunia sangatlah Ayap. Baru satu sekolah pun Siti Aisyah ni dah tak percayakan kau. Poyo je bestfriend forever lah konon kan?" Ayap gaya macam cakap dengan diri sendiri.

Ayap sambung kemas loker. Loker hampir kosong. Semua buku disimpan dalam kotak. Swatch pada pergelangan tangan dilihat. 6 petang! Nak sampai dah ni. Kemudian Swatch hitam tu ditanggal dari pergelangan tangan dan diletak atas meja depan Eca.

"Sorrylah. Kalau selama aku kawan dengan kau ni sebenarnya aku buat malu kau. Kau tak cakap siang-siang. Kalau tak dah lama aku tak dekat dengan kau. And lastly miss Headgirl. Sorry and goodluck for Spm. Flying colours ye! Errrm. Jam ni kau amek ah. Kalau nak lah. Kalau taknak, malu nak pakai ke apa ke, buang je. Tong sampah banyak."

Eca dah tak tahan. Dia mula teresak.

Kotak yang dipenuhi dengan buku diangkat sebelah tangan. Kemudian beg sandang atas kerusi dicapai dan disandang sebelah bahu.

"Kau nak pergi mana Ayap?"

Ayap angkat sebelah tangan tanpa toleh belakang. Langkah diteruskan. Keluar dari kelas. Terus keluar dari sekolah. Sekolah yang mencatat pelbagai kesalahan disiplin sepanjang 4 tahun lebih dia bersekolah disitu.

Eca terduduk. Terus menangis teresak-esak!

Teringat waktu sekolah rendah..

" Eca. Kau  ni dah kenapa?"

"Ayap! Muiz tarik rambut aku." Eca lap air mata yang dah bercampur dengan hingus dekat pipi.

"Alah. Bukan sakit pun kan? "

"Tak sakit amende??!!! Nak tercabut otak aku sekali dengan kulit kepala ni!"

Ayap terperanjat sikit. Tak sangaka Eca nak menjerit macam tu. Kalau tau dah get ready tutup telinga.

"Kenapa tak lawan? "

"Aku kan perempuan.." 

"Eleh. Dengan aku kau lawan je. Bergusti lagi. Dia suruh kau pakai tudung tu Eca."

"Aku kan kecik lagi. Baru darjah dua. Mama kata nanti dah besar nanti lepas period baru wajib pakai tudung "

"Period tu apa?" Ayap blur.

"Mana aku tau! Kau ni banyak soal lah Ayap! Aku tengah sedih ni"

Dan esoknya beg si budak Muiz tu habis kena gunting. Ya! Kerja Ayap lah tu.

Waktu form 3..

"Ayapp..."

"Kenapa kau?"

"Susah lah benda ni! Aku tak reti laa.. Perspeks lah, apa lah! " Bengang dengan kerja kayu.

"Susah, tak payah lah buat." Ayap selamber.

"Mana boleh. Effect markah PMR lah!" 

Dan esok pagi bila dia naik kelas dia nampak ada satu model kerja kayu atas meja dia. Cantik pulak tu. Siap ada ukir 'ECA' lagi dekat bawah tapak dia. Ya! Itupun kerja Ayap..

Tahun lepas...

"Ayap. Aku sedih lah"

"Kenapa?"

"Aku gaduh dengan Mina" Srett. Tarik hingus.

"Lorh. Dah tu?" Ayap hulur sapu tangan. Ceh, taiko  simpan sapu tangan.

Eca sambut sapu tangan. "Sedihlah. Mina tu kan besfren aku!"

"Kau kan ada aku.."

"Kau lelaki lah! Takkan aku nak share cerita pasal bigbang ke, shinee ke dengan kau?"

"Cerita je lah."

"Macam kau faham!"

"Takpe. Cerita je." 

"Kau ni tak faham akulah!" 

Ayap gelak. 

Eca lap sisa air mata guna sapu tangan Ayap tadi.

"Ni sejak bila kau simpan kain sapu tangan segala ni. Trick nak tackle anak dara orang ke ni?"

"tak lah. Kain hingus aku tu. "

"Hish! Bodohlah kau, Ayap!"

Dan esoknya Mina datang kat aku. Dia minta maaf. Dan aku tau tu jugak kerja Ayap. Macam mana cara dia buat pun aku tak tau. Kalau nak fikir besi plus taiko dia tu, dia gertak si Mina tu je kot. Itu lah yang dalam pemikiran aku sekarang

Sekarang tak ada orang nak pujuk aku nangis dah.

Tak ada orang nak sakat aku.

Tak ada orang nak backup aku.

*****

"Abang ok?"

"Hmm? err. Ok je ibu." Pandangan ditala diluar tingkap.

"Ibu tau abang tak buat"

Terima kasih ibu. Sekurang-kurangnya ada ibu nak percaya Ayap.

*****
"Abang! Phone!" Puan Suraya melaung dari tangga.

"Siapa, bu?"

"Eca."

"Cakap abang tidur"

Puan Suraya geleng kepala.

*****

Eca lepas nafas.

Dah 2 bulan dah. Lamanya Ayap merajuk! Spm pun nak dekat ni. 2 minggu lagi..

Lepas 2 minggu Ayap kena buang sekolah, penjenayah sebenar dah ditangkap. Sekumpulan budak form 4 rupanya. Pihak atasan balik Ayap masuk sekolah. Tapi Ayap taknak. Pasal sweater Ayap tu, budak form4 tu punya pasal lah! Dia tibai dekat ampaian rupanya. Padanlah muka Ayap waktu aku cepuk sweater tu depan dia haritu muka dia macam pelik. Dan patut jugak lah aku dah lama tak nampak dia pakai sweater tu. Kena tibai rupanya. Haish Ayap..

****

"Assalamualaikum. Ibu Su!"

Pagar automatik terbuka.

"Eh, Eca masuklah"

"Ibu Su. Ayap ada tak?"

"Ada kat atas. Tak bangun lagi tu. Biasalah lepas gian. Baru habis Spm ni memang dia qada' tidur dia. Naiklah! "

*****

Tok tok tok..

"Ayap!"

Tak menyahut pun.

Pintu di bukak.

Ceh, selubung lagi.

Eca bukak tingkap. Kasi cahaya masuk. Apa kes kau ni tidur sampai tengah hari? Nak tunjuk kau study struggle sangat lah ni. Penat sangat?

"Ibu. Silau!"

Ayap bergerak sikit dalam selimut.

"Amende kau silau?"

Ayap berhenti bergerak. Kasar betul ibu. Dan suara ibu macam suara...?

Selimut diselak.

What?! Serius itu kau?

Ayap gosok-gosok mata.

Eca tarik sengih.

"Morning budak merajuk!"

"Kau buat apa kat sini Eca?"

"Ingat lagi kau nama aku kan?" Eca tarik sengih.

Apa masalah kau aku nak lupa? Aku kawan dengan kau dari umur aku 4 tahun. Setakat 4 bulan tak jumpa takkan aku lupa. Bengong!

"Kau buat apa kat sini?" Ayap keluar dari selubung.

"Aaarrgh!! Woi gila! Tak pakai baju! Sedap je tayang body depan aku"

Eca tutup mata dengan telapak tangan.

Ayap tahan gelak.

"Hah kau! Dulu-dulu kita mandi sama lagi. Tak heboh pun kau nak menjerit bagai!"

"Woi gila! itu time kecik-kecik." Mata tak bukak lagi.

Ayap capai baju yang dah tersepok atas lantai. Dia sarung pada badan.

"Dah. Alih tangan kau tu."

Eca bukak mata slow-slow.

Eca duduk atas sofa yang bertentang dengan katil Ayap.

"Ayap.."

Ayap senyap.

"Ayap..."

Senyap lagi.

"Ahmad Asyraff!"

"Cakap je lah amende"

"Kau janganlah merajuk lagi. Aku tak reti lah hidup kalau kau tak ada.. Dah terbiasa kena protect dengan kau dari kecik. Bila kau tak ada orang buli aku suka suki je"

"Ada jugak ke orang berani buli headgirl."

"Alah Ayap... Kau jangan lah amek hati. Aku tak rasional waktu tu. Aku sorry! Ya?"

"Kau tau tak, lepas kau blah, ramai budak kacau aku."

Ayap senyap. Tak layan.

"Diorang buli aku, Ayap.."

Tak endah.

"Zahid banyak kasi kerja kat aku." Eca pandang Ayap. Ceh, tak berkesan. Last try. Tengok ni berkesan ke tidak. InsyaAllah berkesan. Bismillah.

"Apek pun kacau aku"

Eca curik pandang reaksi Ayap.

"Dia kacau kau apa?" Walau nada beku macam ais, tapi caring jugak Ayap dengan aku.

"Dia confess kat aku last day sekolah."

"Habistu? Kau accept?"

Hahah! Lawak dol kau Ayap!

"Tak. Aku tau dia buaya! "

Nampak Ayap macam lega sikit.

"Ayap. Aku tau lah apasal kau belasah Apek satu hari tu."

Ayap telan air liur.

"Thanks!"

"Tak payah nak perasan!"

"Ayap. Kau merajuk lagi dengan aku ni?"

"Kalau ya kenapa?"

"Tak macho lah taiko main merajuk. Lagipun janganlah merajuk lagi. Aku tak reti lah nak hidup kalau kau tak ada. Satu kerja pun aku tak reti buat."

"Heh! Belajar sikit lah. Suatu hari nanti kan kau kahwin, aku pun kahwin. Macam boleh kau nak macam ni lagi. Datang merayu aku hidup dengan kau. Kalau aku tak kena kapak dengan laki kau, kau yang akan kena parang dengan bini aku nanti."

"Senang je. Macam tu, kau kahwin je lah dengan aku! Senang! Tak ada siapa nak kapak. Tak ada siapa nak parang!" Eca tarik sengih.

*****
"Abang ni kenapa suka gaduh dengan Eca ni?" 

"Eca yang mula dulu, ayah!"

"Mana ada Eca mula dulu! Ayap yang start dulu, ayah Man!"

"Eeeh. Sibuk mengadu dekat ayah aku. Mengadu lah dekat abah kau!"

"Abah Eca kan tak ada! Pergi kursus dekat perak!"

"Habistu, pergilah Perak! Mengadu dekat abah Eca! Ni ayah Ayap!"

"Ayah Man!"  Eca dah mula nak nangis.

"Abang mana boleh kasar-kasar macam ni dengan Eca." 

"Kenapa ayah? Eca yang carik pasal dulu"
 

"Wek!" Eca jelir lidah pada Ayap.

"Nanti dah besar nanti, bila Abang dengan Eca dah kahwin, abang kena jaga Eca." Encik Rahman usap rambut Eca.

"Kahwin? Apa tu ayah?" Ayap blur.

"Kahwin tu baling bunga lah! Macam dalam tv tu. Apalah Ayap tak tengok tv ke?"

"Mana Ayap tau. Ultraman main laser-laser. Ultraman tak main baling bunga."