" live hell, live well,
you choose! "

~credits to Hlovate..

Tuesday 25 December 2012

pelangi [7]

" Ain. " Acad pandang aku dekat sebelah dia  yang tengah syok tengok spongebob dengan patrick lari-lari pergi tangkap obor-obor.

"Amende?"  tak kalih muka dari tv.

"Cuti aku nak habis dah ni. Esok aku nak balik dah."

"oh."  sepatah.

"oh je?"

"okey." spongebob yang tengah kejar obor-obor pakai jaring jatuh dalam gaung. Ahahah!

"Hish budak ni!" Acad tolak sikit kepala aku pakai jari telunjuk dia.

"wei!" aku marah sekejap. pandang tv balik. Muahahah! Budus betul lah spongebob ni!

"jom lah kahwin dengan aku. Boleh kau ikut aku balik States. Jaga aku."

"Apa punya lawak spongeboblah kau buat dengan aku ni. Ahahah. Jaga kau? Tak payahlah. Kau jagalah diri kau sendiri"

Acad gelak.

*****
"Mak. Babah. Acad nak pergi dah ni." Acad salam mak dengan babah.

"Hmm. Jaga diri baik-baik. Dah tak lama dah. 3 bulan lagi."  Acad angguk.

"Ain. Aku nak pergi dah ni. Kau jangan nangis pulak."

"Perasan!" Aku balas. Mula-mula dulu waktu first time dia nak pergi, meraung jugak lah aku. Puas dia, mak dengan babah pujuk aku. Aku punya lah pegang lengan dia kuat-kuat tak kasi pergi. Hahaha! waktu tu budak-budak lagi. Sekolah pun  lagi. Sekarang tough dah. Tak nangis dah. Malu lah kalau nangis. Jatuh lah maruah aku.

"Lagi tiga bulan aku balik lah. Balik terus lagi. Boleh tiap-tiap hari kau tatap muka aku yang hensem ni."

"Tak hingin aku. Buat mati selera makan je."

"Heleh. Buat mati selera makan konon. Macam aku tak tau tiap-tiap kali aku balik States kau makan pun tak selera"

Aku pandang babah. Babah.... Ni apa kes tak simpan rahsia ni?

"Dahlah. Kau cepat lah blah. Nanti tertinggal flight karang, siapa nak kutip kau? Dah. Blah cepat."

Acad gelak.

"Yalah. Yalah. Nanti lagi tiga bulan aku balik. Kita kahwin terus." Acad ni kan...

"Hish! tak hingin aku."

Mak dengan babah dah gelak. Gaduh? Benda biasa diorang tengok.

*****
"Ain. Ada orang nak jumpa ni." Mak ketuk pintu bilik aku. Aku gosok mata. Tengok jam dah pukul dua belas tengahari.  Malam tadi bantai berjaga sampai pukul 5 pagi siapkan assignment. Rasa macam baru je tidur. Nasib baik lah aku tak solat. Kalau tak subuh aku mesti dah terbabas ni.

"Hmm.." Oleh kerana aku mamai dan terlalu mengantuk, aku bangun dari katil terus turun bawah sambil mata yang separuh terbuka. Aku jalan sambil mata yang tak berapa nak buka dan mulut yang tengah menguap. Buruk betul.

"Ain." tiba-tiba aku dengar suara seseorang yang macam terkejut. Macam kenal je suara ni.

"Maaaaaaaaaaakkk!" segar terus mata aku bila tengok makhluk yang dah terpacak depan aku ni. Aku terus berlari naik bilik.

Pintu bilik aku tutup. Fushh! Gila lah! Dahlah  aku ni tengah serabai tahap apa entah ni.

Sementara tu. Dekat ruang tamu....

Zarith senyum sendiri.

"Buruk betul perangai."

*****

Zarith pandang arah tangga. Aku dah elok dah bertudung, bertshirt lengan panjang dan berseluar jeans.

"Kenapa encik datang sini?"

"Saya pergi warung, awak tak ada. Saya datanglah sini." Dia jawab tanpa rasa bersalah. Maaf. Jawapan anda tidak kena dengan skema jawapan yang saya hendak! Aku tengok masih ada sisa senyuman dekat mulut dia tu. Senyuman menyakitkan hati! Huh!

"Kenapa encik nak jumpa saya?" Kan berbahasa aku ni. Untung mak dengan babah ada anak macam aku.

"Ada benda saya nak bincang. Alang-alang tu, jom. Teman saya pergi lunch."

Apa yang pelik sangat dia ni?

"Eh. Tak apalah. Encik nak bincang apa? Bincang je lah kat sini. Lagipun saya mana boleh suka-suka keluar.   Kena tanya mak dulu. Mak komfem tak kasi punyalah." Baik punya alasan aku dah kasi ni.

"Ok. Sekejap."  Zarith bangun dari sofa. Berjalan ke arah dapur. Apa yang dia nak buat tu?

Tak lama lepas tu, dia keluar.

"Ok. Jom. Mak awak dah benarkan dah saya bawak awak keluar."

Erk?

"Pergi je lah Ain.  Ada benda nak bincang lah tu." Dengar suara mak dari arah dapur. Ni apasal yang mak senang-senang je percaya dekat encik mafia ni? Aku tak ada pilihan lain. Haihhh..

*****
Dalam perjalanan...

"Hish! Lambatnya bawak kereta." aku merungut. Macam siput sedut.

"Mana ada saya bawak kereta. Saya drive ni."

HaHaHa! Lawak sangat!

"Eh. Apasal pulak awak berhenti? Kan tadi lampu kuning lagi. Kalau pecut tadi mesti lepas." Aku merungut lagi. Memang kalau dengan encik mafia ni selain merungut aku taktau apa yang aku boleh buat lagi.

"Ish ish ish. Sungguhlah pengguna jalan raya yang tak bertamadun. Yang saya tau lampu kuning bersedia untuk berhenti."

Okey! Kaulah yang ada lesen. Kaulah yang punya kereta. Aku tak ada lesen dan aku tak ada kereta.

"Ain. Awak umur berapa?"  dia tanya aku.

"dua puluh"

"Wah. Muda lagi. Kira kalau dengan saya macam baby je." dia gelak. Aik. Sendiri punya ayat, sendiri gelak?

"kenapa pulak?" aku blurr.

"Cuba teka umur saya berapa?"  dia pulak tanya aku.

"empat puluh lapan? tak pun tiga puluh sembilan." muahahah! hambik kau.

"tak payah lah kejam sangat." dia pusing stereng ke kiri.

"manalah saya tahu. Bukan saya yang lahirkan encik"

"dua puluh lapan" Waaah! nak dekat terjatuh rahang aku. Selama ni aku keluar dengan orang umur dua puluh lapan? Aku buli orang umur dua puluh lapan? Sungguhlah hebat kau, Ain!

"tak sangka kan?" Zarith angkat-angkat kening pandang aku.

"Haah. Tak sangka. Ingat kan tiga puluh lapan."

"Ain!" Dia bengang. Muahahah!

*****
Makanan yang kitorang order dah pun sampai.

"jom. makan." lepas mulut dia kumat-kamit baca bismillah, dia terus suap nasi masuk mulut.

"kenapa tak makan?" dia pelik tengok aku yang pandang je dia dari tadi.

"Kata nak bincang. Nak bincang apa?" aku tanya dia.

"Bincang?" dia soal aku balik. siap kerut-kerutkan dahi lagi.

"Hailaaa. Tadi dekat rumah tadi. Kata ada something nak bincang. Amendenya?"

"Oh. Ada ek? Entah. Lupa kot."

Ciss! Tak guna betul. Aku suap nasi dalam mulut. Geramnya aku dengan pakcik tua sorang ni.

*****
"Kenyang?" Masuk dalam kereta, aku terus tanya dia.

"Alhamdulillah. Kenyang."

"Pelik sungguh lah awak ni." aku geleng kepala.

Dia pandang aku pelik.

"Kenapa?" aku tanya dia.

"Tak. Pelik je. Selalu panggil encik."

"Haritu awak customer. Kenalah berbahasa." Ingat aku suka sangat panggil dia encik? Skema tahap langit. Macam drama melayu dah.

"Oh. Kiranya awak berencik dengan customer je lah."

"Tak adalah jugak. Selalu bantai panggil abang-akak-adik je."

"apasal Ain tak panggil saya abang jugak?"

"Apakah relevannya saya nak kena panggil awak abang pulak?"

"Saya kan customer Ain macam diorang yang Ain panggil abang-akak-adik tu. Lagipun kalau ikut logiknya, saya ni tua lapan tahun dari Ain. Kiranya saya dah hafal sifir 6, awak baru nak tengok dunia."

"Kalau macam tu baik panggil pakcik. Dah kena sangat dah tu." Aku buat dia hangin lagi.

"Banyaklah pakcik!" muahahah! Kan dah kata pokcik tuo ni kejap je hangin. Ahahaha.

 "Kiranya saya je lah customer yang awak berencik?" dia soal lagi.

"Hoi. Banyaknya soalan. Bayarlah. Dua soalan sepuluh ringgit. "

"Alah. Macamlah luak pun."

"Mestilah! Suara lunak merdu ni bukan semua orang dapat dengar tau!" kerek sikit. Heh!

Zarith ketawa.

Adoiyai. Kacak pulak encik mafia ni bila ketawa riang macam ni. Aduhai, hati...

*****
Jejaka_kacakseronok sangat lah ni? 

Hahaha. Aku cerita semua dekat Acad dalam YM perjalanan hidup aku harini.

gadis_eye : Seronok jugaklah. Hihi~

encik mafia tu sengal jugak. Tak adalah skema macam dalam fikiran aku.

Jejaka_kacak : Iyalah. Orang tu ada member baru :'(

Ahahah.

gadis_eye : sentap pulak! alololo. Kau tuka nama jadi jejaka_sentap lah. Baru kena.

Jejaka_kacak : eee. apa tu? buat jatuh air muka je.

gadis_eye : dahlah. menghabis karan je aku chat dengan kau lama-lama. Dah. pi main jejauh nun. aku nak sambung buat research. ni iklan kejap je ni. kau tu. pi blaja.

Jejaka_kacak : ah, kau! asal dengan aku je habis karan segala. dengan mamat tu banyak pulak karan kau. 

gadis_eye : dah2. shuhh..shuhhh.. jangan kacau aku la.  

*****

"Abang Zarith! "

Zarith toleh belakang. Err...

"Abang Zarith buat apa kat sini?" Hani dah tergedik gedik.

"Abang dari bank." nak tak nak jawab.

"Lama tak jumpa abang. Abang Zarith makin hensem." Hani dah terliang liuk. Kuat ke angin bertiup sekarang ni sampai kau tak boleh nak berdiri stabil ni?

"oh. tak adalah. biasa je." Zarith tak selesa.

"Zati tak balik malaysia lagi ke?"

"Dah. Dia duduk dengan abah. Dekat Ipoh." sungguh jelas lah ketidakkeselesaan di wajah Zarith tu.

"Hani sayang abang Zarith lagi."

"Hani. please. jangan nak start." Sumpah Zarith rasa rimas dah  sekarang!

Zarith terus blah tinggalkan Hani sorang-sorang dekat situ. Hailaaa. Manyak kasian.

*****

"Ain!"

"Omakk!" Kain lap terlepas dari tangan. Haihlaa. Aku ni memang tak berkenan ya amat dengan anak orang yang suka main sergah-sergah ni. Terdengar satu suara dekat belakang yang bersungguh tengah gelak.

"Aii. Makcik ni melatah rupanya. "

"Shadapppp you!" Dasar mafia tak bertamadun!

"Awal bukak warung?" encik mafia tarik satu kerusi dari bawah meja.

"Awal datang warung?" ni baru betul soalannya.

"Tadi joging. Singgah sini kejap." Dia jawab.

"Oh. Rajin joging ye. Padanla body tegap tahap wallaa.  Ada six pack lagi" saja cakap. tak pernah tengok pun.

"Pernah intai saya ek? Mana tau ada six pack?" dia dah senyum jahat sambil angkat-angkat kening.

"Haah. Selalu ngintai. Tabiat."

"Sungguhlah tak bermoral punya tabiat. Nasib baik intai saya. Tak adalah rugi sangat ada tabiat pelik macam tu."

Haha. apa-apalah.

"Tak kerja?" aku sambung lap meja sebelah.

"cuti."

Ooo.


"Tak ada kelas harini?"

"Pagi ni tak ada. Petang karang pukul dua ada. Tak sabar"

"Hamboi. bersemangat betul."

Aku tarik sengih. Ingat bersemangat free-free je ke? "Kelas tu, lecturer dia tampan. Muda pulak tu."

"Gatal betul!" ekor tudung aku dia tarik sikit. Bengang lah pulak aku ni.

"Ni apa suka sangat main tarik-tarik tudung ni? Teringin sangat ke nak pakai tudung?"

Dia ketawa.

"Ain. Belanja teh tarik satu. tarik kasi panjang-panjang tau." dia order.

"Banyak hensem muka nak free. Sepak kang!"

"Ceh. Selama ni saya belanja, lepak je. Satu cawan teh tarik pun nak berkira ke?"

Aku tak suka betul lah orang yang suka nak ungkit-ungkit ni. Pergi jual lah mercedes benz kau tu kalau setakat belanja dua tiga kali pun nak berkira. Huh! aku jalan pergi belakang. Yalah. Nak air kan? Nak pergi buat lah ni.

"Ain! lamanya buat air!" Zarith panggil bila aku dah berminit minit dekat belakang ni.

"Kejap! Ain lupa haritu babah simpan julap dekat mana!"



No comments:

Post a Comment