" live hell, live well,
you choose! "

~credits to Hlovate..

Sunday 23 December 2012

pelangi [2]

"Dik, order!"

Aku yang tengah busy kira duit dekat kaunter tu pandang kiri. Pandang kanan. Mana pulak si Acad ni. Dia ni kalau kerja tu tak curi tulang memang tak sah. Balik cuti sekali sekali. Aku yang busy ni pun terpaksalah menapak pergi arah encik yang nak minta order tu. Wah. Ini apahal datang warung pakai sut hitam segala ni? Atas sampai bawah hitam hah. Dah macam tokey mafia datang nak minta sewa warung pulak. Hahaha. Aku gelak dalam hati sebab dah mengutuk orang yang tak berdosa depan aku ni. Aku keluarkan buku nota untuk catat order dengan sebatang pen.

"Encik nak order apa encik?" Wah. Formal sungguh aku. Selama ni aku bantai panggil abang-akak je customer aku. Tak pernah-pernah aku berencik dengan custumor aku. Hahah.

"Bagi saya mee goreng basah satu." Encik mafia tadi cakap tanpa nada. Nasib baik order mee goreng. Kot lah dia order spaghetti ke, sushi ke apa ke, memang aku halau dia balik rumah dia.

"Minum, encik?"  Janganlah pulak tiba-tiba encik mafia ni nak minta wine segala macam. Aku tembak berdas-das kang!

"Teh tarik satu. Tarik kasi panjang-panjang." Balas encik mafia. Dah kesian entah tiba-tiba nama dia jadi encik mafia. Hah. Lantakla...

Aku lepas nafas lega.

"kenapa?" encik mafia soal aku. Heh! Aku tarik sengih je mampu.

*****

"Gila kau kot la kalau time-time tu dia pi bantai keluar bom ke, apa ke, mampus kau!" Reaksi Acad bila aku cerita pasal encik mafia tadi tu kat dia.

"Hahaha. Tapi encik mafia tadi tu kan, rupa boleh tahan jugak tau. Terusik jugak lah hati wanita aku ni tadi."

"Takde nya dia dapat lawan kekacakan aku dan ketampanan aku ni." Acad riak.

Aku dah malas nak layan orang gaya tak cukup kasih sayang yang dok pii puji diri sendiri macam si Acad ni.

"Eh, lama aku tak dengar cerita mama kau. Apa cerita mama kau sekarang hah?" Acad tiba-tiba soal.

"Entah. Mana aku tau. Kau sibuk-sibuk tanya ni apahal pulaknya?"

"Mestilah tanya. Kot manalah tau tiba-tiba mama kau tu satu hari nanti jadi mak mertua aku."

Aku pandang Acad tak berkerlip.

"Orang macam Hani tu selera kau?" Hani tu adik tiri aku. Heh. Nama je Hani. Tapi tak macam honey pun. Macam cuka basi adalah!

"Apahal Hani pulak?" Acad dah blur

"Yalah. Kata nak mama jadi mak mertua kau. Kau kena lah pi kahwin dengan Hani tu dulu kan?" Aku jawab  lurus.

Acad diam. Dia senyum.

"Apa-apalah kau"

*****

Keesokan harinya, aku nampak encik mafia lagi dekat warung Babah. Aku nampak dia macam borak-borak  dengan Babah. Amboi, Babah. Sejak bila free sangat sampai boleh pulak duduk semeja borak dengan encik mafia tu. Tapi encik mafia harini nampak simple je pakai jeans dengan t-shirt kemeja kaler hitam. Aduss. Kacak pulak.

Aku mensibukkan diri yang memang sibuk ni dekat belakang. Cuci pinggan lah apa lagi. Si Acad tu merayau entah ke mana. Cari gadis-gadis lah tu.

"Hoi!"

"Omakk!" Aku memang pantang betul kalau ade makhluk yang tak bertatasusila ni main sergah-sergah dari belakang macam ni. Weii! kalau berani mari laa datang sergah depan-depan! Kita tengok, agak-agak kau dapat ke tidak raya lagi tahun ni!

"Acad. Kalau aku sepak kau laju-laju lah kan. Agak-agak sampai tak kau dekat States. Biar kau duduk situ tak payah balik-balik dah." Aku dah bengang dah ni. Acad tu tak habis-habis lagi gelak eh.  Hah. Gelak lah. Gelak. Lawak sangat kan.

"sorry.. sorry." Acad punya gelak bersisa-sia lagi.

"Mana kau menghilang hah? Balik tanah melayu ni dah lah berapa kali je. Lepastu kau pulak pergi berfoya-foya carik gadis-gadis kat luar sana. Meh lah sini rajin-rajin tolong Mak ngan Babah kat warung. Ada lah jugak pekdahnya hidup kau kat tanah tumpahnya darahku ni. Kalau kau setakat nak menghabiskan beras je baik lah kau pergi balik sana." aku ni kalau membebel memang juara.

"okey! okey! stop acting like mak-nenek-tak-ada-hari-esok tu. Ya. lepas ni aku nolong Babah." Acad dah angkat dua-dua belah tangan gaya macam kena acu dengan pistol. Haha. Bukan kena acu je. Dah kena sedas pun hah!

"Mana kau merayap heh? Kau pergi cari gadis-gadis kat kelab malam heh?" Aku pandang Acad yang tengah mensabunkan pinggan mangkuk tu sebelum letak dalam besen gedabak yang penuh dengan air paip untuk aku bilas. Macam baru lepas buat kenduri pulak.

"Menede. Kau ingat aku ni tak tau hukum hakam masuk kelab malam lagi ke. Aku ni kasanova pun, kasanova beriman tau."

"Manalah tau. Dah berkurun kau tinggal duk sana tu. Negara omputeh tu. Manalah tau kan.." aku saja uji.  Lagipun tak adalah sampai berkurun pun. Hahaha. Saja buat gempak.

"Kau ni banyak bunyik lah. Kalau taknak kasi aku merayap banyak-banyak, meh sini hah kahwin dengan aku. Lepas tu kalau kau nak ikat kaki aku duk ngan kau dua puluh empat jam pun aku tak heran. Silalah." Aku dah mencebik. Hotak luu, der!

"Tak hendak aku. Manalah tau encik mafia yang haritu ada hati kat aku lepas rasa masakan aku yang power haritu. Tak pasal-pasal aku melepas nak ada scandal dengan dia. Dahlah melepas sebab kau pulak tu. Sungguh tak berbaloi." aku saja acah. entah tiba-tiba pulak nama encik mafia keluar dari mulut aku.

"Takziah lah untuk encik mafia kau tu, Ain."

Aku halakan paip getah yang terpasang dekat muka si Acad tu. Padan muka. Mulut tak ada insurans langsung!










No comments:

Post a Comment