" live hell, live well,
you choose! "

~credits to Hlovate..

Monday 12 December 2011

ini cerita mereka [5]

pagi tu,, danial, takiff, ilyaa ngan atik dah tergesa gesa. apa tak nya? kalau masing2 dah bgn nak dekat pukul 7.30 pagi hari Isnin tu . subuh masing-masing pun aci redah je! ni lah akibatnya kalau dato' ameer dan datin normah tak hidup dengan diaorang kat banglo tu. set alarm dekat phone pun tak guna.. sebab? dah kalau rase banglo 2 tingkat dato' ameer dengan datin normah tu mcm nak bergegar  sebab alarm dekat phone masing-masing tu terjerit jerit. ade pulak yg mcm nak give up je kejutkan si penghuni2 banglo tu.

"ilyaa! kau tak payah nak ber'make up' bagai kalau bangun dah lambat. karang kena tinggal tak payah nak salahkan kitorang pulak." tgn kanan atik capai name tag dkt dlm drawer, tgn kiri pulak capai beg sekolah yg elok trsandar dkt sebelah almari.

"alah,,  lip balm je.. kejap ek,, please.." ilyaa buat muka kesian.

"apa lip balm lip balm? sebelum lebam lip kau tu, baik kau turun sekarang," atik buat penumbuk sebelum keluar dari bilik dia. alah! gurau je, takkan sentap kot ilyaa. kan? lagipun kau bukan baru dua tiga tahun hidup dgan aku.

"hiiiiisshh! menyesal aku tidur sini kalau aku tau. "

"woi2.. cepat! tak baik rungut2 pagi2 ni.. " dgr suara yg smmgnya tak merdu si atik dr luar bilik.

 ceh, dgr rupanya perempuan ni!

takiff yg yg dah standby dlm kereta dr jauh dah nampak danial dgan atik nak keluar dri banglo tu. nasib baik diorang keluar, kalau tak dah lama kena tinggal! tapi....

"aku keluar dulu!" danial dah block pintu nak keluar.

"kau apahal? siapa yg tggl dulu dlm rumah ni? aku keluar dulu. tepilah!" atik tak nak mengalah.

"ada aku tanya pasal siapa tggl sini dulu? hidup pun menumpang, banyak bunyik pulak!" danial kasi smash dkt atik.

"lantak aku lah menumpang ke, apa ke, kau siapa nak sibuk? habis, sekarang ni, kau bukan menumpang? huh! paku dulang paku serpih, mengata org dia yg lebih... kau faham ke peribahasa aku ni,, ye lah duduk lama dah kat negara omputeh tu kan. " ton suara kasi annoying sikit.

ilyaa yg berada tidak jauh dari tmpat kejadian rasa mcm nak terjun tingkap keluar dr banglo tu. lps tu pergi sekolah dgn takiff senyap2. yelah, taknak masuk campur hal danial-atik punya pasal.

 dari jauh takiff dah nampak danial dgan atik mcm dkt gelanggang yg mcm dlm rancangan WWE tu. si ilyaa pulak mcm referee yg pakai baju belang2 tu. danial kasi pandangan 'kau selesaikan-cepat' dekat ilyaa. mula2 ilyaa mcm nak buat gaya 'fiuhh~ lalala~ aku-tak-nampak-apa-apa-' je tapi muka takiff sekarang mcm dah menakutkan je. mcm nak bertukar jd hulk pun ada. tp, danial-atik lg menakutkan sekarang ni!!

baiklah! sekarang, si pejuang negara akan berkorban nyawa dan tenaga demi keamanan bersama! majulah sukan untuk negara!! hmm.. apa2lah ilyaa..

"hurmm.. hai! indah pagi ni kan? korang rasa tak?" ilyaa dah start nak jadi 'penyelamat'

danial dgn atik dah kasi pandangan 'kau-ni-apahal?' dkt ilyaa. ilyaa rsa mcm nak meraug je sekarang. ilyaa pandang takiff mintak talian hayat. tapi takiff buat dunno je!

"hmmm.. tak de, sebenarnya, sekarang ni dah pukul 7.50. kelas start pukul 8.00. jadi, mcm mana ek, sbb kita nak pergi sekolah bukan naik flight. naik kereta je. so, kau orang ada apa2 cadangan tak macam mana nak kasi perjalanan kita berjalan dgn cepat dan selamat?" apa yg aku merepek ni? ah! lantaklah!

"aku keluar dulu!" serentak atik danial bersuara.

ilyaa mcm nak pitam.

"hmm,, apa kata korang keluar serentak, sama2? haaa! best kan idea aku?" ilyaa dah buat mata blink2.

"aku? dgan si katik pendek ni? oh! no way! tak nak aku dekat dengan dia ni!"

wah! lebih tu sedara!

"aku pun tak hingin lah! buah cempedak buaah kuinin, kau tak hendak, aku lagi laaaaaaaaaaaaaaaaaa tak hingin! "

bzzzzzz! ilyaa yg berdiri tgh2 diorang tu rasa mcm ada karan je.

"hmm.. ok lah, kita keluar bertiga, aku jalan tengah. ok?"

"ok!" serentak lagi! pening kepala ilyaa dibuatnya.

dlm kereta tu ilyaa dgan takiff senyap je. takut nak bersuara, rasa mcm tanah melayu kena jajah dgn komunis dan british sekali gus!

'sumpah aku rasa berbahang walaupun dlm Vios ni pasang air cond suhu paling rendah! kalau aku nak bukak tingkap lepas tu terjun je, jalan kaki pergi sekolah logik tak?' haha.. apa-apalah takiff.

*****

time rehat tu semua pelajar Sekolah Menengah Putra (sekolah elite khas anak2 dato', tansri, dan yg seangkatan dgnnya) pergi cafe nak makan lah. takkan nak repair tayar pulak kan. maunya kena maki dengan pekerja cafe tu kalau dtg bawak tayar nak repair. ya lah, tak ada pun tulis dekat papan menu ' terdapat juga servis tayar di sini' . *ok, aku dah mula merepek pasal 'pekrja cafe dan tayar'. stop di sini * atik yg tgh makan dgan ilyaa berbulu je mata pandang 1 pasangan yg berkepit mcm tiada hari esok tu. siapa lagi kalau pasangan yg dia TERserempak dkt popular tu. haish.... aku rasa sekolah ni dah mcm sekolah kebajikan dah. kutip je mana mana pasangan yg tak boleh berenggang. yelah, mamat tu sekolah sini, tak pasal2 minah tu sekali pindah sini. haish, parah, parah.

"hoi! yg kau mengeluh sorang sorang ni apasal?" phuh! kus semangat. apasal lah dpt member pon suka sergah2. mcm tak tau kelemahan aku yg satu ni. atik dah usap dada.

"kau ni kalau nak bercakap, bagi lah salam. karang aku mati tersedak, kau jugak yg susah. mana nak dpt besfren yg bertauliah mcm aku ni."

"byk lah kau punya bertauliah, weh, tadi papa aku call. beliau cakap bro aku nak blk malaysia dah ptg ni. beliau suruh aku jemput abg aku dkt airport sbb beliau dgn isteri beliau ada hal petang ni. so, kau nak teman anak beliau ke airport tak?"

"isteri beliau? siapa? bapak kau kahwin 1 lagi ke?"

"huoi! mulut cabul! kau nak mama aku tu naik hantu? isteri beliau tu mama aku lah. apa lah bengap naa member sorang ni?"  ilyaa suap nasi goreng dlm mulut.

atik tarik sengih je. macam lah lawa sangat!

"so?" ilyaa tiba tiba bersuara balik. ek, ingat dah nak senyap dah mak murai sekor ni? hehe..

"so? so apa? sotong?" atik dah blur. blur ek, bukan bengap. sopan sikit!

"kau nak ikut tak? teman aku?"

"ok jugak idea kau. aku pun malas lah nak duduk rumah tu. sekarang ni dah ada makhluk asing. tak best!"

ilyaa geleng kepala je dgr atik ckp mcm tu.

"atik.. aku nak tanya lah. apasal lah kau benci sgt dgn si danial tu? asal jumpa je, gaduh. tak pernah lah tak gaduh. apasal eak?" ilyaa pandang atik. mintak penjelasan.

"takdelah. aku rasa alergi pun ada dgn mamat tu. sebenarnya, aku dah jumpa dia dulu sebelum dia dtg banglo tu. ntah lah. aku malas lah nak bukak hikayat di hari yg indah ni. " atik nak bangun dah dari kerusi. terus pergi tgglkan ilyaa.

ek eleh perempuan ni. dia blah mcm tu aje?

"tapi kan atik, danial tu hensem kan? dah lh tggi pulak tu. mcm taecyeon beb!" ilyaa yg dah saing dgn atik tak putus2 asa lg nak korek pasal danial bg pndgn atik. perempuan tu, kasar2 pon, takkan lah tak ada perasaan dkt lelaki kot! kan? betul tak?

"taecyeon? menatang apa pulak tu! hensem lg driver ayah ameerr aku rasa. muka penyek dia tu, bersepah sepah. mana2 kau boleh dpt kau tau!" atik jalan laju tgglkan ilyaa. malas aku nak layan pompuan ni. topik dia yg aku tak tahan. rasa berangin je nama mamat tu pulak yg dsebut sebut. aku ni dah lah pntg org sebut2 nama si mulut longkang tu dpn aku. sebelum dia yg kena sembur sbb merosakkan mood aku, baik aku tak payah layan minah ni. mulut aku ni dhlah tak boleh nak djangka.

ilyaa dah stop jalan. dia terfikir. driver dato' ameer bukan bapak dia  ke? kan?




*nama sekolah tu aku reka je. aku rasa tak wujud pun. tp kalau mmg wujud tu mmg tak dsengajakn lah ye!*

No comments:

Post a Comment