" live hell, live well,
you choose! "

~credits to Hlovate..

Monday 24 December 2012

pelangi [6]

Aku,  Kak Ija dan Nawa  dah terpacak depan villa milik encik mafia tu. Ini betul-betul mafia ke apa ni? Rumah tak serupa rumah. Dah macam istana dah aku tengok.

"Ain. betul ke tempat kau angkut kitorang ni Ain. Dah macam istana je akak tengok."  Kak Ija tanya aku.

"Menelah saya tau kak. Saya pun firstime ni."

"kak Ain takkan rumah gedabak cenggini tak ade loceng kan. cuba lah tekan." Turn Nawa pulak bercakap.

Pintu pagar automatik tu terbuka selepas aku dengan berani nya tekan loceng. Kitorang dengan megahnya melangkah masuk. Terlihat seorang wanita separuh umur berdiri depan pintu rumah.

"ini  Cik Ain,ya?" wanita itu tanya. Aku mengangguk tanda mengiakan.

"Makcik pembantu rumah ni. Panggil saja Makmah. Oleh sebab makcik kena balik kampung, sebab tulah Zarith kena upah orang. Memandangkan Ain dah sampai ni, makcik pergi dulu, ya! Takut lambat pulak nanti." Panjang lebar makcik tu terangkan.

*****

Jam pun nak dekat pukul 12 setengah bila kitorang siap sediakan semua bahan memasak.

"Kak Ain!! Kak Ain!! Kak Ain!!!" Nawa dah macam nampak hantu je panggil aku.

"Apasal Nawa?"

"Kak Ain. Kat atas!! Nawa terjumpa harta karun!"

Biar betul Nawa. Aku ni dahlah ingat dia mafia. Karang tak pasal aku ingat dia ni lanun kapal mana entah.

Nawa tolak aku naik atas. Sampai depan satu bilik tu, Nawa tolak aku masuk. Dia dengan Kak Ija pulak intai dari sebalik pintu yang terbuka sikiiiiiit je.

Aku buat isyarat 'mana?' dekat Nawa. Nawa tunjuk dekat bawah selimut tu.. Haihlaaa... Cari nahas pulak aku tak pasal-pasal geledah rumah orang ni.

Aku tekan-tekan benda yang ada bawah selimut tu. Nawa suruh, okey! Aik, Apa benda ni? Nak kata lembik, tak adalah lembik sangat. Tapi bila tekan pakai jari, ke dalam jugak jari aku. Aku terus tekan-tekan benda tu.

Tiba-tiba ada satu benda dari bawah selimut tu tangkap pergelangan tangan aku. Kuat. Aku dah menjerit. Si Nawa dengan Kak Ija tu pun sama menjerit dengan aku dan diorang lagi lebih-lebih sampai dah lari kemana tinggalkan aku. Alaamaaaakk! Babah. Tolong Ain.

"Lah! Ain. Ingat ke Makmah. Dah yang awak buang terbiat pergi tekan-tekan perut saya ni kenapa?"

Ain bukak mata pelan-pelan. Lah. encik mafia ghopernya. Buat jatuh air muka je menjerit macam pontianak hilang laki. Aku usap-usap dada. Kalau aku mati terperanjat ni, memang aku bertukar jadi hantu, aku carik kau dulu tau!

"Okey tak? sorry. Hee." dia dah tarik sengih. Aku mampu jeling je. Dia tergelak.

Aku pandang tangan aku. Ni apahal takmau lepas ni. Nasib baik beralas.

"oii,, oi,,, tangan .. tangan tu.. " aku muncungkan bibir arah tangan dia yang elok kemas pegang pergelangan tangan aku.

"Tak apalah. Biarlah macam ni."  encik mafia dah keluarkan satu ayat yang aku cukup pantang sama sekali.

"Nak kena humban ke bawah ke?" aku pandang arah balkoni yang elok je betul-betul bawah dia swimmingpool.

Dia masih tergelak sambil lepaskan tangan aku. Aku tak faham betullah dengan manusia sorang ni. Manjang gelak kalau dengan aku. Ada aku buat lawak ke? Aku pun konfius nak gelak sekali ke tidak. Aku apply masuk raja lawak karang baru tau sebab confident mampu buat orang tergelak terbahak bahak.

"Dah lama ke sampai?" dia tanya aku.

"Adalah dalam dua purnama dah."

"hish!" Dia tarik ekor tudung bawal aku dekat bahagian belakang.

"Aaa!"

"tulah. Jawab main-main lagi" Encik mafia, nak sekolahkan aku ke?

"tak payah lah main tarik-tarik tudung. Ingat kanak-kanak riang ribena ke? Dah lah tudung ni susah nak bentuk" Aku membebel.

"Takdelah susah mana pun. Kalau susah sangat, meh saya betulkan."

Aku yang memang dah tahap berangin dengan encik mafia ni dari tadi hanya mampu jeling je. Ni apa gaya mat romeo sangat ni?

"Dah lama ke sampai?" dia soal balik semula.

"Kan saya kata sebelum imsak?"

"Ainn..."

"okey. okey. tadi dalam pukul lapan macam tu lah"

"oh. tak sedar" dia balas.

"Nak sedar kebenda? Bantai tidur sampai matahari terpacak atas kepala. Entah dah subuh ke belum lah ni"

"Dah lah. Saya tidur balik lepas subuh."

Aku geleng kepala. Saja nak buat dia hangin sebenarnya.

"Sungguhlah tak bermoral anak teruna ni. Lepas subuh tidur, rezeki tak masuk tau. Macam mana lah nak buat menantu ni"

"okey! okey! Lepas ni tak tidur dah. Biar jadi menantu pilihan. Mana tau mak awak terus pinang saya buat menantu ke. Okey jugak tu." encik mafia ni apasal ni?

"elok jugak tu. Nenek saya pun dah lama menjanda. Memang dia suka sangat kalau mak saya pinang encik untuk dia." Aku terus blah dari bilik die. Heee.

*****
"hamboi, Ain. Lama betul kau gali harta karun tu, ya!" kak Ija tegur.

"Harta karun amende? Besi buruk adalah!" kak Ija dengan Nawa dah bantai gelak.

"Gila kak Ain cakap besi buruk? Nawa sikit lagi nak lebur dah kat situ tadi. Punya lah kacak."

"haha. Kacak amende. Kalau jual, bangla je terima. Sebab dah buruk sangat" Kitorang bertiga bantai lagi tergelak sakan.

"Tapi Ain, kau takkan tak jatuh hati langsung kerja dengan encik Zarith ni. Kalau akak lah, tak sampai sehari, akak dah cair dah." Kak Ija dah start lah tu.

"Nak jatuh hati amendenya? Tak adalah." aku jawab.

"Yalah, kan. Kak Ain kan ada abang Acad dah. Tak kurang kacak jugak." turn Nawa pulak meraban.

Aku hanya tergelak je. Aku dengan Acad? Sungguh lah pasangan yang tak ideal.

*****

"encik. Kitorang nak balik, ni." aku pamit.

"Okey."  dia jawab sepatah. Tanpa nada. Pandang aku pun tidak. Aku ni dah lah tak suka kalau aku bercakap dengan orang, dia tak pandang.

"encik.." aku panggil sekali lagi.

"apa?" suara dia dah lain.

Ni apahal pulak ni? Aku yang dah malas nak layan campur badan melekit campur penat ya amat ni terus blah  dari villa gedabak dia ni. Hailaa manusia macam ni pun ada jugak dalam dunia ni ya? Elok je tadi bergurau senda dengan aku gaya macam dah lama kenal, ini pulak buat gaya dingin menyampah sangat dengan aku. Ah. Lantaklah haih. Kerja aku dah selesai. Mintak-mintak tak jumpa lah dengan encik mafia pelik ni lagi.

*****

"Hish! Bodoh betul lah aku ni!" Zarith pandang je pintu tu walaupun kelibat Ain dah lama hilang. Dia pun tak tahu apa masalah dia ni. Tadi dia terdengar perbualan Ain dengan kak Ija dan Nawa. Lepas tu tiba-tiba rasa macam tak puas hati, campur marah dan erm... campur rasa cemburu? Apa kena dengan aku ni?



No comments:

Post a Comment