" live hell, live well,
you choose! "

~credits to Hlovate..

Monday 24 December 2012

pelangi [5]

Hailaa mana lah si Acad ni. Kata nak ambik dekat warung. Tiba-tiba sebiji mercedes benz muncul depan warung.

"hoih! mercedes benz siapa yang ada dekat depan warung aku yang kerdil ni? Jatuh dari langit ke hape nih?" aku curik tengok pemilik kereta yang tahap wallaa tu keluar dari tempat driver. Er. encik mafia?

"Hai! Ain." encik mafia tegur. Nak jumpa Babah lah kut.

"Assalamualaikum." Ain saja nak kasi hangat sikit brader sebelah ni. Poyo je nampak.

"Eh. Haha. Terlupa. Waalaikumussalam." encik mafia sengih.

"Hmm. Ain. jomlah. Tunggu apa lagi?" aku dah kerut dahi. Aku ada apa-apa janji dengan kau ke inche mafia nak pergi mana-mana.

"nak pergi mana ek?" Aku blur.

"Pergi pasar. Pergi carrefour. Nak? Okey?"

"Ek? Bila masanya pulak saya ni nak pergi pasar dengan encik?" aku betul-betul hairan ni.

"Bila masanya? sekarang lah masanya. Cepatlah. Karang tak sempat pulak."

"Eh. Tapi saya dah janji dengan member saya tu nak pergi sama dengan dia. Tak acilah pulak kalau saya tiba-tiba nak tinggal dia." aku bagi alasan. Eh, tapi memang betul pun.

Dan keajaiban berlaku dengan serta mertanya. Pandai pulak cari timing ye. Aku rasa vibrate phone dari poket jeans. Nama Achad tertera.

"Woi. Sedara. Kau ingat memang guard carrefour tu nak kerja tunggu kau sorang ke hapa hah?"

encik mafia tadi pandang je aku.

"Kepala batas kau tak dapat teman! Weiii!!. hish! Sengal betullah budak ni. Arh takda belanja-belanja deh. Kau fikir aku makan rasuah kau tu? Belia benci rasuahlah!"

encik mafia tahan senyum dengar aku cakap dekat phone. Jangan nak culture shock ye, inche bandar! Saya ni memang begini.

"Ah. Lantak kau lah dengan awek buat hal bagai! Kata member sampai mati tapi lebihkan awek dari aku. Apa kes?" aku sambung lagi basuh Acad tu.

"okey. bye. Aku taknak tengok muka kau dekat rumah nanti. Pastikan kau dah tidur ataupun kau tanam muka kau tu dalam tanah. Asal tak tunjuk muka kau depan aku sampai esok pagi kalau kau taknak muka kau yang kau agung-agungkan  sangat selama ni tu tak ghope muka dah."

Tapp! Aku terus tutup phone.

Aku pandang Encik mafia yang macam kambing busuk tersengih tahan gelak sorang-sorang. Kau apahal?

"Encik ni apasal pulak?" tiba-tiba aku macam aura nek tersembur dia. Control Ain. Control. Sila dahulukan customer anda.

"haha. Tak adalah. So, shall we? Macam yang awak cakap, guard carrefour tu tak adalah pulak kerjanya nak tunggu kita je" Encik mafia cakap sambil senyum.

"Kan saya cakap, saya pergi dengan member." Ni tak faham-faham bahasa ni apahal pulak.

"Oh. Pergi dengan member? Tak apalah. Saya rasa biarlah memeber awak tu settle problem dia dengan awek dia dulu. Tak gitu?"

Ini boleh mendatangkan marah. Siap main curik-curik dengar ni yang aku rasa macam nak debik ni. Customer, Ain.. Customer...

"Jom!" aku terus blah tinggalkan dia yang dari tadi asyik nak tergelak.

*****

"Awak tau buat cheesecake?"

"Nak buat apa? Nak campak masuk dalam masak lemak cili api ke? Ke nak campur dengan ayam masak merah?" Aku yang tengah tolak troley sambil belek-belek barang dekat rak tu jawab selamber.

"Resipi apa tu?" Encik mafia tanya balik.

"Entah." aku jawab sepatah.

"Dah tu yang awak pergi merepek sampai nak campak masuk dalam masak lemak cili api segala tu kenapa?"

"Dah encik tu lah yang meraban apa tanya pasal cheesecake tu kenapa? Kata tema masakan kampung." Aku jawab sarkastik. Hahah. Aku ni pun satu. Ingat ni Acad ke borak-borak pakai aura nak carik gaduh.

"Boleh je jadi sampingan kan?"

"Boleh je." aku jawab.

"tapi... bayar mesti up sikit lah. 'bayaran terkejut' sebab tiba-tiba cakap nak cheesecake sebab tak ada dalam pelan asal." aku tarik sengih. Panjang jugak akal aku nak mengepau si mafia ni, ye! Muahah.

"Itu ikan apa?" encik mafia soal.

"Ikan laut." aku jawab main-main.

"ciss. Memang lah ikan laut. Takkan ikan darat pulak, cik Ain."

"Tau buat apa tanya lagi." aku terus beredar dari tempat ikan tu. Muahahah! Masaklah kau kena buli dengan aku ni encik Zarith Haikal.

"Encik maf.. eh, Encik Zarith!" aku panggil encik mafia yang tengah belek-belek paket kopi dekat rak dia.

Encik mafia angkat kepala pandang aku. Kening sebelah diangkat. Aku melambai arah dia supaya dia datang dekat tempat aku.

"kenapa?" dia tanya aku.

"Haus tak?" aku soal.

"Haus jugaklah." dia jawab.

"nak minum?" aku tanya.

"lepas beli barang nanti saya belanja awak minum"

"tak apa. Saya belanja. Kak dua ye. Terima kasih. Hehe."  aku hulur satu cawan kertas saiz kecik yang berisi air susu dekat encik mafia. Air tester. Muahahaha. Bukan aku kaya pun nak belanja dia mahal-mahal.

Encik mafia sambut nak taknak je. Heh. jaga sangat air muka tu. Orang dah kasi. Kita minumlah. Bukan curik pun. Ya tak?

Tengah kitorang berjalan-jalan cari barang yang terakhir, aku nampak ada sorang akak ni tengah promosikan nugget yang dia jual. Nugget tu dipotong kecik-kecik dan dicucuk dengan lidi untuk dijadikan tester. Tiba-tiba otak aku dengan sendirinya atur rancangan. Otak aku, ya! Bukan aku.

"Encik. lapar tak?" aku tanya encik mafia.

"lapar jugak." dia jawab.

"nak saya belanja makan?" aku tanya. Serius aku tengah tahan nak tergelak.

Encik mafia dah pandang aku semacam. Tiba-tiba dia ternampak pulak akak yang tengah busy buat tester tadi tu.

"Ainn!"

Aku dah tak tahan nak tergelak guling guling ni.

*****

Lepas siap membeli belah, encik mafia yang budiman ni nganta aku balik rumah.

"Thanks." dia ucap.

"Small the matter lah."

"Esok awak dengan tentera-tentera awak tu datang rumah saya pukul berapa?"

aku buat-buat tengok jam.

"esok sebelum imsak saya sampai." Hahahah.

Encik mafia pandang aku hanya mampu senyum je. Alaaahaih. Cair pulak aku tengok dia senyum macam tu. Kacak sungguh lah.

"Banyak betul saya terkena dengan awak harini kan, Ain." aku hanya angkat bahu.

"Saya banyak tau betul pasal encik harini. Encik ni jakun gaya macam tak pernah pergi pasar. Ikan jaket pun tak tahu. Entah-entah kalau saya tipu bantai cakap ikan todak pun encik percaya je. Haha. Dahlah jaga air muka sangat lah tu konon tak mau makan tester dekat pasaraya. Encik, awak tau tak. Kalau orang pergi pasaraya, tester macam tu lah yang  orang kejar-kejar tau."

Encik mafia tu dengar aja aku membebel.

"iyalah. Terima kasih ye, Ain sebab faham saya."

"Eeeh. Perasan sungguhlah"

"Okeyh. Saya masuk rumah dulu. Assalamualaikum."

"Err. Ain. Saya mintak nombor awak boleh?"

"Encik nak buat apa?"

"Manalah tau esok awak sesat on the way nak pergi rumah saya."

Aku fikir dua tiga kali. Ah. Bagi jelah. Bukan dia nak bomoh ke, buat nombor ekor ke nombor aku ni.

"ok. Thanks. Bye. Jaga diri. Malam ni tidur mimpi saya eh" encik mafia bergurau senda pulak dengan aku.

"Encik, itulah yang saya mintak dijauhkan. Buat nightmare je."

"Cis! hahah. Ok. Saya balik dulu." mercedes benz itu pun meluncur laju meninggalkan rumah kawasan rumah aku.

*****
selepas mandi, dan menunaikan kewajiban aku yang sepatutnya sebagai hamba hina di muka bumi Allah yang terbentang luas ni, aku terus menghenyakkan badan aku atas katil aku yang empuk ni. Waah! bestnya.

Nokia 3310 dekat sebelah aku capai. Itu jelah yang aku mampu. Takkan nak pakai iphone segala bagai pulak kan? Si Acad selalu gelakkan aku. Dia kata handphone ni orang dah simpan kat muzeum dah. Nak dapatkan phone ni pun aku bekerja keras tau dulu. Mestilah kena dengan hasil titik peluh sendiri. Takkan nak mintak kat Mak ngan Babah pulak. Dorang jaga aku pun dah cukup bagus tau. Nak mintak kat Mama? Aku ingat lagi dulu aku nak mintak sebatang pensel pun habis aku kena bantai dengan mama. Dia kata aku sahaja hilangkan sebab nak menghabiskan harta dia. Heleh. Setakat pensel sebatang, bukan luak pun. mama tu kalau nak ikutkan harta dia tu, empat keturunan pun tak habis makan.

aku tengok screen. 1 massage received.

Assalamualaikum, Ain. Dah tidur ke?

Kalau aku tak reply agak2 boleh tak encik mafia ni anggap aku dah tidur je.

tiba-tiba terdengar lagi bunyi tanda ada massage masuk.

Ain??

Aduslah encik mafia sorang ni. Baik tak payah tanya aku dah tidur ke belum.

Aah. dah tidur. tengah tidur lah ni. Zzzzzzzz.. 

aku tekan send.

lawaklah tu orang tidur boleh reply. dia balas.

encik nak apa ni. Tak manis sungguh malam-malam hening ni anak teruna kacau anak dara orang nak tidur.

aku send.

haha. ok lah. saya saja nak test. mana tau awak kasi saya nombor tipu.

Tak adalah aku ni free sangat pun nak pergi reka nombor semata mata untuk dia.

apa-apalah encik. mengantuklah.

aku send. malas pulak nak layan.

haha. okeylah. budak kecik pergi tidur. Biar cepat membesar. c u tomorrow. gudnite.

Hailah. Tak ada sepan mata pun nak buat aku sakit hati. Apa kecik-kecik? Ini kak yong kawasan tau!

ok lah abang besar. budak kecik ni nak tidur. takut esok mengantuk tak sedar pulak bubuh racun dalam cheesecake.



No comments:

Post a Comment